Skip to main content

Sindrom Syok PKR.



Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Terlebih dahulu hamba menegaskan bahawa hamba bukanlah ahli PAS. Dan hamba tidak bermaksud PAS perlu keluar dari Barisan Rakyat. Sekali lagi hamba tegaskan, suara, kritikan, idea hendaklah terus berjalan. Barisan Rakyat akan kekal ditajuk eksklusifnya sendiri.

Pembetulan konsep.

Hamba rasa hamba perlu menyuarakan konsep yang hamba fikirkan. Sekiranya ada bantahan, sila kemukakan dalam ilmiah dan hujah. Sekiranya bersetuju, sila guna serta merta, dan berusaha menjelaskan kepada yang lain pula.

Dengar sini wahai ahli PAS, terutama ahli berdaftar selepas 1998. Kerjasama PAS dengan semua parti dalam Barisan Rakyat hanya pada tajuk-tajuk tertentu, yang dibenarkan oleh ulama anda semua. Bukan secara total. Hamba ulangi : Bukan secara total!

Anda perlu terus mempertahankan / bersuara / bergerak mengikut prinsip yang anda perjuangkan. Barisan Rakyat akan kekal di tajuk yang eksklusif, tidak terusik. Jika anda berasakan anda tidak setuju dengan mana-mana tindakan, hanya suarakan sahaja. Bukan membela apa sahaja secara total!

UMNO lebih membenci PKR dari PAS.

Keadaan kini, golongan UMNO yang sudah sedar akan kebobrokan UMNO, hanya membuang undi kepada PAS, tetapi tidak terjun membantu PAS. Kerana apa? Kerana mereka benci PKR. Bukan niat hamba mahu melebihkan PKR berbanding UMNO, tetapi apa yang cuba hamba sampaikan ialah :

Sekiranya anda faham akan konsep ini, bersikap profesional, golongan atas pagar dan rakan UMNO akan menghormati PAS. Mereka melihat PAS hanya bersama dengan kompenan dalam tajuk Barisan Rakyat, dalam hal-hal tertentu sacahaja. Bukan secara total membabi-buta!
PKR belum pernah menang.

PKR baru berasa menang kali pertama. Menang yang sangat besar. Malah lebih besar dari senior PAS yang sibuk menderma kerusi kepada PKR sebelum ini. Kes ini hamba lihat menyamai Sindrom Syok PAS Terengganu 1999. Berbonekakan si lembab di sana.

Keadaan ini adalah berbahaya sekiranya kesemua ahli PAS, terutama yang berdaftar selepas 1998, berada dalam arus ini. Arus yang menyokong secara total. Angguk dan telan. Kita tidak boleh begitu. Ianya adalah pembunuh senyap. Kamu hanya perlu berkata benar terhadap yang benar, dan berkata salah terhadap yang salah.

Ini dahulu peringkat asas. Kaedah untuk itu, barulah anda hanya mengikut arus atau corak tipikal sebagai peringkat asas.

PKR adalah acuan UMNO.

Dari semua segi, rangka PKR adalah rangka UMNO. Yang membezakannya ialah, mereka ibarat UMNO yang telah dipertingkatkan. Yang lain sebiji UMNO. Dari segi hiburan, dari segi sekular, dari segi tarbiyah, dari segi politik, dari segi corak membuat keputusan, dari segi penyampaian awam, semualah.

Malah, kebanyakan PKR yang kecewa, memilih abangnya, UMNO semula. Air yang dicincang. Selagi DSAI adalah de factornya, selagi itulah. Jika hamba meletakkan diri hamba jauh di hadapan selepas ajal DSAI, hamba meramalkan PKR sudah berkubur. Parti kepala lembu akan kembali menjadi parti kepala lembu.

Ini yang harus ahli PAS fahami. Dan sentiasa fahami. Hanya pada tajuk-tajuk tertentu sahaja, PAS akan menyokong dan membenarkan mereka. Yang lain, PAS tidak akan sesekali menggadaikan prinsip, atau berasa segan, atau membabi-buta menyokong mereka. Babi yang buta pun tidak seperti ini.

Tolonglah ahli PAS.

Matangkan diri. Fasa sekarang ialah fasa meramaikan sokongan. Bergerak secara profesional. PAS sudah kerugian yang sangat besar apabila PAS tidak meletakkan satu tawaran Presiden yang menyakinkan puluhan juta rakyat Malaysia ketika keyakinan dan kebosanan corak politik DSAI yang semakin terhakis. Janganlah dirugikan lagi di peringkat ahli bawahan.

PAS adalah parti alternatif terbaik bagi orang UMNO. Tetapi terhalang kerana ahli yang taksub membuta kepada PKR dan DAP. Maka, wajarlah kita memperlihatkan hanya ada tajuk-tajuk tertentu sahaja dalam kerjasama itu.

PAS adalah parti alternatif terbaik non muslim bukan anti-Islam. Tetapi terhalang kerana ketidakyakinan mereka terhadap ketokohan Presiden PAS yang samar-samar.

Tolonglah membaca ini. Hamba akan kembali lagi dan lagi dalam kaedah peribadi.

Wallahualam.

Comments

  1. wa pun dah rase benda nie lame dah sbenarnye..wa pun sedih gak tgk pkr kbelakangan nie..mcm kera dpt bunga..trus trg wa ckp wa bkn la ahli pas,bkn jgak ahli pkr ,jauh skali ahli umno,tp wa mmg brminat ngan hal2 politik..wa rase pas ptut tegas,lebih tegas dlm hal2 yg brkaitan ngan perjuangan,agar org awam tidak mlihat pas dan pkr tu adalah same..pendapat wa la..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...