Skip to main content

Senjata Api Dirampas Di Rumah Penyokong PAS.

Oleh : AdukaTaruna

Semalam telah berlaku satu serbuan di rumah penyokong PAS. Sejumlah senjata api telah dirampas. Jenis wa tak tahu. Kena tanya ‘joewing TKO’.

Rumah penyokong PAS itu adalah rumah wa sendiri. Hal ini telah dilaporkan oleh mak wa. Wa telah mengambil sikap berkecuali, sebab adik wa yang tingkatan 5 dah settlekan. Ceritanya begini.

Adik bongsu wa yang darjah 5 tahun ni asyik main menan ni. Belajar ciput jer. Mak wa dah lama bersungut. Satu hari (semalam) berlaku lah satu kesilapan taktikal adik wa dan kengkawan beliau.


Dorang main perang-perang keliling rumah wa. Wa takder kat rumah. Satu team markaz kat depan rumah wa. Satu lagi team kat belakang rumah wa. Time operasi team adik wa menyerbu markaz team depan rumah wa, adik wa yang form 5 baru balik sekolah.

Dah la letih mamat tu, adik wa boleh berperang plak. Bayangkan adik wa yang form 5 duduk tengah-tengah, sedang buka kasut, yang dorang leh tembak-menembak. Laju tu peluru kuning tu. Sekali terkena pipi adik wa yang form 5, terus kena marah.

Yang lain disuruh balik. Adik wa kena soal siasat. Kesemua senjata milik adik wa telah dirampas. Muka cam ikan puyu kena marah. Tapi wa percaya, muka ikan puyu tu tak akan lama. Dia akan bertukar menjadi muka Satria Baja Hitam seperti biasa sehari dua lagi.

Di sini wa upload senjata-senjata yang telah dirampas oleh adik wa. Sempat gak try senapang-senapang ni. Best gak beb. Ngeeee....




Yang ini peralatan untuk servis senjata.


Yang ini senjata yang dirampas. Model wa tak tahu.


Yang ini ialah peluru-pelurunya. Peluru ni sentiasa hidup. Tiada kelonsong. Dah tembak boleh kutip balik.

Comments

  1. Sapen yo hang ni AT ... ngeeee (^.^)

    ReplyDelete
  2. kalo dekat akak dah sekeh2 aduka ni
    wat suspen ja
    cepat la sambung kisah adin tu
    rimas tul la...nak tau ending dia camne.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.