Skip to main content

Sempatkah Rosmah Memerintah Malaysia Pada Jun 2010?


Oleh : AdukaTaruna

Wa telah mendapat sms untuk menulis mengenai isu terbaru ini. Pada wa secara peribadi dan tidak mempunyai bukti, apabila Najib menjadi PM, Najib hanya menjadi PM di atas kertas.

Sedayus Paklah, Najib lebih dayus. Dayusnya Paklah hanya kerana tidak berdaya menghalang menantu dari menguasai dirinya, tetapi dayusnya Najib lebih dasyat dari itu. Kita patut berpelukan sesama kita kita kerana mempunyai Perdana Menteri wanita pertama kelak.

Owh... majunya Malaysia. Bertambah disegani dunia.

Paklah yang tersepit.

Wa percaya, keputusan Paklah kali ini di luar persetujuan penuh KJ. Menurut kepercayaan wa, Paklah sedang mengalami tekanan terhebat di hujung karier politiknya. Selepas amukan fitnah politik negara, Wan Azizah mengusulkan satu usul undi tidak percaya kepada Paklah.

Ini adalah sesuatu yang menakutkan. Wa percaya Paklah digandakan perasaan takut itu, apabila tarikh menghampiri Pemilihan Agong UMNO tidak lama lagi. Bagaimana sekiranya Muhyiddin mengishtiharkan bertanding Presiden UMNO? Apakah UMNO Pulau Pinang terdaya melawan UMNO Johor ketika situasi ini?

Apabila Muhyiddin Yassin bertanding Presiden, logikkah Najib hanya mempertahankan Timbalan Presiden? Jadi, ini semua adalah tekanan / ketakutan / kepeningan yang dicampak tuhan ke dalam hati cucu ulama ini.

Jadi, menjelang usul undi tidak percaya itu dikemukakan, maka, mahu tidak mahu, terpaksalah Paklah meredakan gelora dengan mengumumkan tarikh keramat bagi Rosmah. Jun 2010.

Amaran kepada rakyat Malaysia.

Jadi, dalam perjalanan menuju ke tarikh Jun 2010, wa memberi amaran kepada rakyat Malaysia, bahawa, KJ akan mengganas dengan lebih dasyat. Keterdesakan KJ untuk menakluk kerusi Ketua Pemuda, dan keterdesakan KJ mengekalkan Babahnya, membuatkan dia mungkin berada di dalam mode ganas.

Bersara Babah, bermakna bersaralah Boboi.

Berlakukah pakatan underground?

Najib naik, bermakna team TDM naik. Dalam menyaksikan pergaduhan individu membosankan antara DSAI vs Najib, berlakukah pakatan bawah tanah antara DSAI dengan KJ? Seperti mana yang disaksikan kita sekarang? Kurang menyerang dasar kerajaan, apatah lagi team Paklah. Tetapi lebih menyerang peribadi Najib.

PAS pilihan terbaik.

Adalah rugi terburu-buru untuk berasa dalam persimpangan. Adalah kurang cerdik untuk berasakan PAS perlu keluar dari Barisan Rakyat. Apa yang berlaku dalam isu konsert demo 678 adalah petunjuk positif PAS dalam mendominasi tanpa melerai BR.

Apa yang berlaku dalam konsert demo 678 adalah petunjuk bagaimana meluasnya medium dakwah PAS. Siapa kini yang berani memperlekehkan pandangan Pemuda PAS selepas kejadian buruk itu?

Apa yang perlu PAS lakukan ialah terus mempertahankan prinsip dan menonjolkan diri bahawa PAS adalah alternatif paling selamat dan paling hakiki. Tidak perlu bersuara Negara Islam di fasa ini, hanya perlu bergerak dengan senyap dan konsisten.

Sebelum terlupa. Syabas kepada Mr Presiden.

http://adukataruna.blogspot.com/2008/07/good-job-mr-presiden.html

Dan syabas kepada kita semua kerana bakal mendapat Perdana Menteri wanita yang pertama.

Wallahualam.

Comments

  1. Kak Mah ni dah muhabalah depan suku-sakat Ameno belom??

    Somi dengornya udah.. Tp dgn pemimpin Ameno yg terkenal dgn sifat zalim, fasik lg munafik nun laa, bukan depan mufti or ostat2 or org2 alim yg menjadi pilihannya sbg saksi... xtaulah pesal hu3x...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.