Skip to main content

Presiden PAS : Profesional Atau Ulama : Satu Pungutan Suara.


Oleh : AdukaTaruna

Sila lihat sini :

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=544799#544799

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Dalam memasuki fasa mencabar ini, dari tajuk taktikalnya, PAS perlu menyiapkan sebuah barisan yang bersesuaian dan tepat.

Di sini, hamba menganjurkan satu pungutan suara untuk mengambil kira pandangan akar umbi semua pihak (PAS + bukan PAS), golongan yang manakah paling sesuai diletakkan sebagai Presiden PAS dalam mengharungi fasa yang diramalkan semakin mencabar ini.

1. Kelancaran peralihan kuasa negara. Muslim, non muslim, Melayu, bukan Melayu, PAS, bukan PAS.

2. Kelancaran keyakinan negara-negara di dunia, ketika peralihan kuasa itu berlaku. Block Barat, paksi USA, paksi Russia, para pelabur, etc.

3. Kebijaksanaan menetapkan keputusan negara mengikut tajuk-tajuk. Jika ekonomi bagaimana, jika isu penghinaan Islam bagaimana, adakah mengugut memutuskan hubungan diplomatik, isu keselamatan, isu vokal pembelaan terhadap saudara Islam,bagaimana menghadapi tekanan antarabangsa, dan sebagainya.

Kelebihan Presiden Profesional. (yang lain berhak meletak kelebihan Presiden Ulama)

1. Presiden PAS bukan tertinggi. Sekiranya golongan profesional, ulama-ulama PAS lebih selesa menegur atau membatalkan keputusan yang dibuat. Rakyat lebih selesa menegur.

2. Golongan yang bukan ahli PAS (jumlah rakyat Malaysia tolak 800 000 ahli PAS) lebih menyakini. Ini membantu kelancaran peralihan kuasa di peringkat negara. Mereka lebih memandang yang zahir tanpa melihat Majlis Ulama atau Mursyidul Am PAS itu sendiri lebih tinggi dari Presiden.

3. Fleksibel di tajuk antarabangsa. Contoh terbaik adalah Iran, Presiden Hamas dan Presiden Turki.

Bagaimanapun, sekiranya ada ulama yang bertaraf profesional, ianya lebih baik. Namun, tidaklah hamba meletakkannya sebagai satu subjek pilihan dalam pungutan suara ini.
Contoh terbaik setakat ini pada penilaian peribadi, di tajuk ulama yang bertaraf profesional, atau profesional yang bertaraf ulama ialah :

http://www.zaharuddin.net/

Sungguh laju memimpin orang awam Malaysia dalam permasalahan yang timbul. Dari soal ekonomi sehinggalah ke soal yang remeh-temeh. Cuma tidak cukup karisma berbanding Hussam Musa. Mungkin peluang membinanya agak berbeza.

Wallahualam.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=544799#544799

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...