Skip to main content

PAS Bongok Lempar Taik. PAS Tulen Tukang Samak.


Oleh : AdukaTaruna

PAS Bongok - PKR - UMNO Lempar Melempar Taik.

Sekiranya anda jenis yang membaca sekali imbas, dengan nafas yang turun naik, tidak sabar membalas maki, sila terus maki-memaki selepas tanda noktah ini.

Ok. Bacaan seterusnya untuk manusia yang memiliki penebat stress yang tinggi. Wa tiada respek cara DSAI, seorang bertarbiyah UMNO satu ketika dahulu dalam perjuangannya merentap BN turun. Majoriti rakyat Malaysia mahu UMNO (BN) direntap turun. Tetapi berdasarkan prinsip yang mana?

1. Golongan yang mahu UMNO merasai pengajaran, dicuci, dibasuh dengan UMNO tidak lagi berkuasa. Pemimpin elite UMNO agen pembengap Melayu lari ke luar negara atau ditahan atas pelbagai kesalahan. UMNO kembali kepada pejuang asobiyyah sejati.

2. Golongan yang mahu UMNO disentap turun. Walau apa cara. Menaikkan cita-cita individu DSAI.

3. Golongan yang mahu UMNO turun. Berbalas-dendam seperti konsep yang diamalkan PAS Terengganu. Berbonekakan si lembab di sana.

4. Golongan yang mahu menjadikan Malaysia negara beragama, tempat beristirehat semua manusia di dalamnya. Bersedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja, walau bekas musuh. Asalkan semuanya berusaha menjadikan Malaysia negara yang beragama.

Lelap mata. Tarik nafas.

...........

....

..

Ok. Sekarang anda berada di golongan yang mana dari 4 golongan di atas. Jika tiada, sila kemukakan di ruang komen.

Cuba lu tengok DSAI.

Dalam matlamat dia mahu ke Putrajaya, lu tengok corak percaturannya. Sebijik macam UMNO. Manipulasi. Dia tidak peduli kesan sampingan. Dalam kepala otaknya hanya satu. Aku menjadi PM.

Bila DSAI menyerang (mendedahkan) Najib, atau sesiapa sahaja dengan kesalahan yang perlu diketahui rakyat Malaysia, maka itu adalah wajar. Tetapi, yang terbaru ini, membuatkan wa terus hilang respek. Mari kita lihat dalam lempar-melempar taik antara DSAI dan Najib ini :

1. Selepas RPK membuat akuan berkanun, muncul laporat liwat. Wan Azizah terus dedahkan gambar si pembuat laporan dengan Najib. DSAI banyak ‘kaki’. So, mesti dia dapat sumber sahih Najib terlibat.

2. Lepas tu di bawah tangan DSAI, penyiasat persendirian dedahkan hubungan seks Najib. Dalam tajuk ini, turut kemukakan Najib liwat Altantuya. Nak juga balas dengan liwat tu.

Ha. Nampak tak? Nampak sangat pergaduhan peribadi dah. Bukan masalah negara dah ni beb. Dah macam standard puak-puak PAS bergaduh dengan puak-puak UMNO dalam forum TKO. Lari dari isu, kebudak-budakan.

Kembali semula kepada 4 golongan.

Sekarang ni, baca ini dengan perlahan. Pedulikan dahulu makian puak-puak PAS di bawah. Anda renung semula. Anda berada dilandasan yang mana? Semua mahu UMNO turun. Tetapi berdasarkan prinsip yang mana?

Perasankah anda bahawa keadaan negara kritikal? Bursa saham ditutup, pelabur dah ramai lari, pelabur yang baru takut datang, fitnah menggila, lempar-melempar najis, rakyat tidak selamat apabila Ketua Polis, pemerintah pening dengan buah catur masing-masing, sabotaj di balas sabotaj.

Ini semua kerja bangang produk UMNO. PKR adalah acuan bangang UMNO. (Somebody PAS jangan bersuara kaedah wa pulak)

PAS tulen penyamak najis.

Sekarang ni, para pemimpin dan pendukung PAS tulen sibuk di serata negara membersihkan najis yang dilemparkan oleh 3 puak ini. PAS Bongok, PKR dan UMNO. Politik bengap sesama Melayu. Bersihkan bagaimana? Dengar sini. Wa bukan mencetuskan situasi panik. Sekiranya anda tergolong dalam kategori PAS tulen, bukan PAS Bongok, sila hadiri majlis solat hajat, munajat di seluruh negara, yang pemimpin PAS lakukan secara diam.

Tanpa niat mencetuskan situasi panik, dan tanggungjawab lu orang supaya mengawal situasi dari menjadi panik, wa bagitahu lu orang, bahawa; PAS sedang menjalankan program-program munajat dan solat hajat di seluruh negara. Jangan anda tanya sumber yang wa dapat, atau anda membuat kesimpulan wa ada link dengan pemimpin-pemimpin PAS tertentu.

Wa hanya seorang pemerhati bebas yang sentiasa menjarakkan diri daripada menjalinkan hubungan rapat dengan semua yang berkepentingan. Termasuk admin TKO (WM dan para pembantunya). Jadi, ini hanyalah pemerhatian wa, tanpa link maklumat dari orang besar dalaman PAS. Wa adalah bebas sebebasnya.

Sekali lagi, sekiranya anda PAS tulen, bukan PAS Bongok, tidak dapat tidak, sila hadiri majlis yang PAS anjurkan ini di tempat masing-masing. Dan bersama mengawal situasi negara.

Wallahualam.

Comments

  1. Kita bertahalluf dengan PKR dan DAP hanya mengambil satu ruangan kecil perlembagaan PAS dalam fenomena besar sekarang ni.

    Ahli PAS perlu faham konsep tahalluf yg tidak menggadai prinsip. Cara PAS tidak sama dengan cara PKR, serpihan UMNO itu.
    PAS memperjuangkan agama dengan berwasilahkan politik, bukan mempergunakan politik untuk mencapai tujuan peribadi sesetengah opportunist. Tiada ruang untuk opportunist dalam PAS.

    ReplyDelete
  2. yup agree..pemimpin di pilih oleh NYA..Pas bkn parti manupulasi dan opptunist..Tapi sekian lamer PAS menjadi tilam untuk org laen..opportunist ..TDM..Anuar dan len2..bertilamkn Pas..menggunakan keramaian org PAS..kebaikan ahli PAS..Menumpang jentera PAS..Tapi kemana kita..PAS ntuk org yg cintai Islam..susah senang perjuangan tetap ntuk islam..demi islam..sprti TGNA berkata..slps aku ader akan dplih olehNYA ntuk mmimpin perjuangana agamaNYA..JGN riso semer..PAS harus berpegang dgn prisip2nya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...