Skip to main content

Nak Sumpah Pun Liat.


Oleh : AdukaTaruna

Wa telah membaca penjelasan YB Zulkifli Noordin tentang sumpah. Bagi wa kabur. Bagaimanapun terima kasih atas respon. Banyak yang boleh diteorikan. Meh bro YB, wa kasi beberapa persoalan.

1. Jika YB memberi respon,bermakna YB tahu pergolakan masyarakat maya akan saranan sumpah. Jika YB tahu, bermakna DSAI lebih tahu. Mengapa DSAI tidak respon? Adakah YB respon atas arahan DSAI?

2. Adakah ketidak-beranian DSAI memberi respon tentang sumpah secara Islam untuk mengekalkan imej sekular di mata pengundi non muslim? Atau takut bersumpah? Atau mengundang padah dalam tajuk taktikal (akan diterangkan kemudian)?

Huraian persoalan 1.

Penjelasan YB bahawa DSAI bersumpah di sana dan di sini pada wa hanyalah secara tidak rasmi, atau tidak jelas. Kata mudahnya kabur. Mengapa tidak dilakukan sumpah itu secara rasmi? Wa pasti imej dan populariti DSAI akan meletup sekiranya ditetapkan pada hari tertentu, majlis sumpah dilakukan.

Sampaikan kepada DSAI bahawa beliau mempunyai 2 pilihan untuk bersumpah. Tidak perlu bimbang.

a. Bersumpah tidak pernah melakukan liwat sepanjang hidup.

b. Bersumpah tidak pernah melakukan liwat terhadap yang menuduh (Saiful).

Apabila DSAI telah melakukannya, dunia sekarang menghempap ramai pihak untuk melakukan yang sama. Saiful, Najib, Ketua Polis, Ghani Patail, dan sebagainya. So, mahu dengan tidak mahu sahaja. Kan bro kan.

: )

Huraian persoalan 2.

Apabila menyebut sumpah secara Islam, ianya dikatakan satu kaedah primitif yang ditentang oleh majoriti sekular dan non muslim. Satu kaedah penyelesaian terhadap tajuk jenayah yang dikatakan zalim atau tidak seimbang. Jadi, adakah DSAI dalam posisi mempertahankan paksi sekularnya?

Atau takut di makan sumpah? Jika bimbang dimakan sumpah, DSAI hanya perlu memilih pilihan kedua.

Atau padah dalam tajuk taktikal? Apabila DSAI bersumpah, maka, ada pihak yang akan menghentam DSAI, yakni,

a. Apabila terkena batang hidung, baru tercari-cari kaedah Islam.

b. Imej sekular terjejas. Juta non muslim PKR gelisah.

c. Menjadi budaya terbaru. Timbul beberapa kes terdahulu yang turut diminta bersumpah.

d. Bimbang dimakan sumpah. Meranapkan semua impian.

Pembaca PAS.

Wa tidak menghasut lu orang akan kestabilan Barisan Rakyat. Anda perlu asing-asingkan sesuatu itu mengikut tempatnya / tajuknya. Idea, kritikan, suara hendaklah terus berlansung. Barisan Rakyat kekal di tajuk yang eksklusif.

Di satu perkara, wa adalah individu bebas. Manakala lu sebagai PAS perlu bergerak mengikut keputusan pemimpin lu. Itu lebih baik. Namun, apa yang cuba wa sampaikan, ialah :

1. Jangan ada satu orang pun ahli PAS yang taksub dengan Anwar. Sokongan anda semua harus berpandu kepada landasan-landasan yang disediakan ulama lu orang, bukan secara total.

2. Jangan terpengaruh atau terikut-ikut rentak cara berpolitik PKR. Biarkan mereka bersama cara mereka. Kamu hendaklah di bawah cara yang digariskan ulama-ulama kamu.

Wa bagi satu contoh. Ketika himpunan BERSIH, semua peserta PKR - DAP -NGO tenggelam bersama arus disiplin peserta PAS. Dari kebersihannya, dari kesabarannya, dari kepatuhan kepada pemegang amanahnya (seperti Unit Amal), dari lafaz zikirnya (berbanding ungkapan amarah) dan sebagainya.

Jadi, sekali lagi, anda jangan sesekali tenggelam dalam tarbiyah produk UMNO (PKR), sokongan anda hanya pada tajuk-tajuk yang dibenarkan, dan tindakan anda sebagai ahli berbai’ah tertakluk kepada pemimpin anda.

Wa hanyalah pemerhati bebas.

Wallahualam.

Comments

  1. Ini bukan isu 98 lagi..PAS perlu dgn pendirian Parti..sokongan pemimpn PAS kpd Anwar..Tp sbgai ahli..hanya kepada pimpinan kita shj..pimpinan PAS..Bkn pimpinan org laen..Cuma satu kita musti ingat...PAS ada hak/peluang menjadi pimpinan tertinggi negra jika Allah izinkan..Bkn opportunist tp dgn kehendakNYA..Umar Abdul Aziz cth pimpinan popular skang..bkn seorang yg mencita2 kn mnjadi pemimpin..tp diangkat olehNYA..Ingat ahli PAS..Tuhan akan mengangkat pemimpin yg dikehendakiNYA...Sejarah telah membuktikan..WAllahualam

    ReplyDelete
  2. Saudara...ingat tak 1998 dulu, anwar pernah bersumpah. Tak cukupkah...

    Kita kena lihat dlm perpekstif yang luas. SUMPAH...ye ramai suruh bersumpah. TGNA juga suruh tapi kena katanya kena tengok keadaan.

    Mari kita renung jika anwar bersumpah.
    1) Najib akan kata itu tindakan desperate. Dalm ilmu psikologi, buat masa sekarang tidak baik untuk anwar kerna
    a) Anwar sampai sekarang tidak menerima salinan laporan SAiful. Jadi, betul ker ada laporan.
    b) Laporan yang disebarkan diblog terdapat tariokh 26 Jun. Anwar dah kata ada alibi kuat? Saudara nampak tak perkaitannya?

    - Laporan polis tidak diberi kepada lawyer anwar dan anwar kata ada alibi. So, saya rasa ini satu lg akan berlaku permindahan tarik pertuduhan. Look and see..

    SUMPAH ni kalau kita lihat orang menuduh kita tu TOK ALIM ke, BAIK ke, PATUH PADA ALLAH ke. boleh le. Ni kredibiliti Saiful tu saya sendiri tak percaya. Tengok kulit pun sah penipu. Kejap bergambar dengan najib, denganmenteri lain. So, boleh caya tak budak ni.

    Tak perlu bersumpah. Alquran adalah suci. Tak perlu disentuh oleh mereka yang kotor

    thank

    ReplyDelete
  3. Sumpah tu jalan yang di sediakan Islam. Ikut jelah...x rugi bro ikut Islam..melainkan anda semua x percaya pada Islam....saat genting ni semua dok pikir jalan nak selesai maslah....kang elok kita munajat kat Allah.tjk sape yg benar..sape yg salah...

    ReplyDelete
  4. jangan main-main dengan sumpah..kalau termakan sumpah..lu fikirlah sendiri..

    ReplyDelete
  5. AT,

    Apsal pulak DSAI kena sumpah? lu ni memang jahil dah tu bodoh sombong tak boleh diajar...pihak kera-jaan kena la buktikan betoi ke si Sepul ni kena liwat, kita tengokla semua bukti adalah rekaan belaka nanti...Datok Najib adalah pengeluar filem 'the Liwat 2', pengarah ialah Si Guni Petai dibantu oleh Musang Baik (hasan)...
    Sepatutnya Si Sepul ni kena bersumpah atas nama Allah sebab dia yg menuduh...

    C4boleh

    ReplyDelete
  6. apa kata suruh Najib bersumpah ?? dah dua kali kena .. Satu Raja Petra satu lagi dengan Bala .. SO bersumpahlah Najib .. Cakap banyak tak guna.. SUruh saman pun taknak saman.. Kalo dah salah tu salah jugak.


    Arghh... Bosan...

    http://jilfityan.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.