Skip to main content

"Maafkan orang bu, orang tak dapat tarik abang.."


Oleh : AdukaTaruna

Wa ada member baik. Bernama Adin. Adin anak ke-3, berumur 28 dan ramai adik-beradik. Paling bongsu darjah 3. So, ramai yang kecil-kecil. Ayah baru sahaja kematian dalam ketika waktu cerita ini dicoret.

Suatu kisah, pada malam sebelum kejadian, adik Adin, bernama Abu (bukan nama sebenar) telah datang mengadu sakit lutut. Abang angkat Adin yang juga ‘pesakit berjadual’ klinik kerajaan akibat kemalangan lepas telah memberi biji pil. Sejenis ubat tahan sakit. Warna kuning pil tu. Tidak boleh mengendalikan mesin atau memandu selepas mengambilnya.

Keesokan paginya, Abu, juga pelajar Politeknik Port Dickson, menghantar seorang lagi adiknya Amad (bukan nama sebenar), ke sebuah IPT agama di Melaka. Si Abu yang menunggang, manakala si Amad membonceng. Tidak perasan bahawa abangnya di bawah pengaruh ubat tahan sakit.

Masa wa kat kedai, lepas Zuhur, Adin tepon wa.

“Adik aku eksiden la. Kat PD.”

“Ko datang kedai, nanti kita g sama-sama. Mak ko dah tahu ke?”

“Biar aku settle sendiri la. Mak aku belum sihat.”

“Ok.”

Lebih kurang begitulah perbualan kami. Mak Adin baru mengalami 2 kematian dalam masa yang singkat. Selepas emaknya (nenek Adin) meninggal, suaminya pula dijemput Ilahi. Jika tidak silap, dalam masa seminggu.

Jadi, wa bersetuju dengan keputusan Adin. Lagipun kami menjangkakan hanya kemalangan kecil. Anak jantan selalu settle masalah sendiri.

Bila Adin sampai, kami bergegas ke Port Dickson. Dalam perjalanan wa cadangkan Adin jangan marah-marah kat adiknya, jangan tanya banyak soalan. Tunggu settle semua, baru marah. Adin diam saja.

Dalam 45 minit, wa sampai ke Hospital PD. Wa ke Unit Kecemasan. Si Amad hanya patah tangan dan luka-luka. Tetapi wa tidak nampak si Abu.

“Orang risau abang, lang (Alang = Adin)”

“Apsal?”

“Dia pengsan, kereta belakang langgar dia. Orang nak tarik, tapi tangan patah.” Si Amad separuh nangis.

Bila wa dengar kereta belakang sapu dia, wa nak faham, ini memang parah ni. Bukan jatuh bodoh jer nih.

“Abang (Abu) kat mana?” Tanya Adin.

“Kat dalam tu.” Sambil tunjuk wad kecemasan. Tertutup.

Ngam-ngam pulak ada perempuan (Doktor) lalu bawa kotak sejuk yang selalu pemancing bawa tu. Pastu ditahan oleh seorang lelaki India (Doktor) sambil buka kotak tu. Wa nampak beg plastik isi darah dalam tu.

“Sir.. sorry sir. Tumpang tanya.” Wa tegur doktor tu.

“Darah ni untuk budak yang eksiden motor tadi ke? Abang kepada dia.” Wa tanya sambil tunjuk Amad.

Doktor tu mengesahkan sambil tanya wa siapa. Wa cakap wa abang dia.

“Teruk ke sir?”

“Teruk juga. Pendarahan dalaman. Mungkin ada organ yang pecah. Tengah tunggu x-ray.”

Lebih kurang camtu la dialognya.

“Sir, saya mahu tanya pendapat la, sir.”

“Mari ikut saya.”

Doktor India itu bawa wa masuk bilik dia. Sebelah wad kecemasan tu jer. Wa story la, yang wa rahsiakan dari mak wa.

“Begini sir. Saya nak tahu sama ada Abu ni serius ke tidak? Sebab saya rahsiakan dari mak...”

Wa belum habis cakap lagi, doktor tu dah bantah wa dah. Tidak boleh begitu la, ini la.

“Tidak sir, begini. Saya ingin tahu berapa seriusnya kecederaan Abu. Kalau dalam persen, berapa sir bagi?”

“Sangat.... sangat... serius!” Doktor tu jawab dengan tegas sambil pandang tepat mata wa.

"Berapa lama dia di sini, sir? Atau kena hantar ke Hospital Seremban?"

"Tidak pasti. Kena tunggu x-ray dulu."

"Boleh tak sir bagi anggaran dalam jam."

"Saya tidak pasti."

"Ok la sir. Maaf, paling lewat bila sir. Maksimum paling lewat."

"Mungkin sampai malam."

“TQ, sir.” Wa salam n keluar jumpa Adin.

Wa tak boleh lengah. Kalau nak suruh mak Adin tunggu kat Seremban, tak praktikal. Motif wa ialah bagi mak Adin sempat tengok anak dia. Terpaksa buat perjudian.

Wa mahu mencadangkan Adin supaya memberitahu ibu sekarang. Sebab bimbang tak sempat jumpa kali terakhir. Rumah Adin ke PD 45 minit. Ambil masa kasar 1 jam. Pergi dan datang dah 2 jam. Tak boleh lengah2. Tapi masalahnya wa tak sampai nak terangkan, dengan si Amad yang sibuk meracau, dengan celarunya perasaan Adin.

“Din, aku rasa ko kena bagitahu ibu sekarang. Kau ambil kunci kete ni, ko drive dengan rileks, benda dah jadi, dan dah nak settle, tak payah laju-laju.”

“Lepas tu, dalam 15 minit nak sampai, baru kau telefon ibu. Suruh dia siap-siap. Cakap benda kecil jer. Tak perlu risau. Aku tunggu kat sini.”

Adin pun terus blah ke Seremban.

Masa menunggu, wa sms Adin sekali lagi, ingatkan bawa kereta releks. Lepas tu Dr tadi panggil wa, dia kata kena hantar ke Hospital Seremban sekarang. Boleh jumpa dengan Abu. Wa baru nak sms suruh Adin patah balik, si Amad dah meluru.

“Bang, ko ok tak, bang?” Tanya si Amad.

“Aku ok, tapi apsal aku tak nampak ko?” Lemah jawapan Abu.

Mata terbuka pandang si adik dia. Tapi dia kata tak nampak.

“Oi, bang, ko istifar bang. Mengucap bang. Semua selamat dah ni.”

“Eh, apsal aku tak leh nampak?.... Nafas susah la....”

“Mengucap bang. Dengar tak ni? Ashaduallailla...” Adik ajar abang.

Wa tengok jer. Bagi ruang kat adik-beradik ni.

“Ashhaduallailla..... aillallah......” Abang ikut lafaz si adik.

“Tapi aku tak nampak ko la...”

“waahaduanna..muhamadar..rasulullah... ikut la bang. Nanti doktor repair la mata tuh.”

Lepas mengucap 2-3 kali, si abang sedikir berkeruh sebelum pengsan.

Dr tu suruh wa dan Amad keluar. Dia bagi bantuan kat Abu. Datang pula pegawai polis traffic. Nak ambil kenyataan kat si Amad.

Yang Amad pula citer sambil nangis, pastu tunggang langgang. Sebelum payah nak saman-menyaman atau claim insuran, wa minta polis tu tangguhkan.

“Encik, adik saya ni tengah sakit la. Boleh tak tangguhkan dulu.”

“Boleh.”

Polis pergi. Dalam beberapa minit ambulan sampai. Abu ditolak masuk. Wa tanya muat tak kalau wa dan Amad ikut. Wa boleh sms Adin semula, suruh patah ke Seremban semula.

Tapi driver tu cakap tak muat.

Ambulan pun bertolak. Tinggal wa n Amad menunggu Adin.

(sambung nanti la. Agak2 wa lupa, korang ingatkan la. He)

Comments

  1. aloooo
    cepat la sambung citer nia duka
    tak sabar nak tahu ending dia

    ReplyDelete
  2. aiseh.. cam telenovela pulak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.