Skip to main content

"Maafkan orang bu, orang tak dapat tarik abang..." 4


Oleh : AdukaTaruna

“Maaf la dik. Yang boleh rakam, hanya abang jer. Abang terpaksa ambil dulu henset korang ni, dah pasti dipadamkan, baru boleh ambil. Harap tak kecil hati. Harap faham yer.”

Wa serahkan henset2 tu kat member wa tadi, suruh dia check, padamkan (wa tak pandai henset canggih2 ni), dan wa terus merakam.

Ketika merakam, wa berfikir, apa yang sedang arwah itu rasa. Adakah dia nampak seperti biasa? Bila pula lah turn wa. Pergh.. insaf kejap ni. Tapi kejap jer la. Hu.

Setelah membersihkan arwah, tiba mandi yang sebenar. Ibu, kakngah semuanya diberi peluang menyiram air mandian yang pertama. Ibu dan kakngah sangat lemah.

“Jangan menangis depan adik, bu. Nanti adik sedih.” Amin berbisik perlahan.

Kata Amin membuatkan ibu dan kangah hampir terjelupuk. Memang pilu.

“Ibu maafkan adik yer. Kirim salam sama nenek dan ayah yer.” Kata Ibu dalam menahan sebak.
Kakngah di sebelah hanya menekupkan muka dengan sapu tangan. Hanya matanya yang kelihatan. Menangis.

Kemudian giliran Amad menyiram air. Amin cuba membantu. Ditolak Amad.

“Tangan kau patah la.”

“Takper la... tadi orang tak dapat tarik...”

“Bang, orang minta maaf, orang tak dapat tarik tadi.” Amad separuh menangis.

“Jangan menangis...” Pesan petugas mandi, saudara kepada ayah arwah.

“Maafkan orang bang.” Mungkin hatinya cukup kesal.

Ibu dan Kangah sudah ‘lari’ ke bahagian pintu. Tidak tahan menahan sebak. Kembali berpelukan.

Amin hanya membenarkan sekali siraman sahaja. Sebelum masalah lain berlaku. Kemudian semuanya di selsaikan Amin dengan bantuan petugas tadi.

Jenazah di bawa pulang.

Kemudian, setelah selesai, jenazah di bawa ke dalam van. Rakan-rakan, sanak keluarga turut membantu. Belalang, si runner lawyer sudah tiba. Basah kuyup dan menggigil. Tidak berhenti untuk memakai baju hujan.

Wa pulang dengan menaiki kereta member.

“Ko jaga video tu. Amanah tu.”

“Ok Ngah.”

Sampai di rumah, semua telah diselesaikan oleh Adin. Adin menyambut arwah untuk di bawa naik ke rumah. Memang kasar hati rakan wa ni. Hanya mata yang mengalir air, tetapi tiada esakan. Adik-adik yang bersekolah rendah menerpa ke arah abangnya yang diusung, tetapi disekat dan didukung oleh sanak saudara.

Kemudian wa pulang ke rumah.

Di kubur keesokan paginya.

Pagi itu, wa terus ke kubur. Wa lewat sedikit. Kuburan sudah dipenuhi orang. Rakan2 sekampung turut serta. Kelihatan Along, mengetuai adik-beradik lelaki yang lain menyambut arwah di dalam lubang.

Amad memerhati di sisi kubur. Tangan berbalut. Mata bengkak. Sesekali kelihatan dia menggeleng-gelengkan kepala.

Setelah semuanya selesai, Along berdiri dan memberi salam. Menguatkan suaranya. Tersekat-sekat kesebakan.

“Assalamualaikum wrk.”

Semua berdiam diri dan menanti sebentar sebelum pulang.

“Saya sebagai wakil keluarga, mengucapkan terima kasih kepada semua.” Along sebak. Adin tampil menggosok-gosok belakang Alongnya.

“Jika adik saya ada melakukan kesalahan, harap maklumkan kepada saya untuk diselesaikan. Jika adik saya....” Along terhenti lagi.

Yang lain mula memandang Adin. Mungkin meminta Adin membantu Along menyambung ucapan. Tetapi Adin memilih memberi peluang kepada Alongnya.

“Jika adik saya ada berhutang dengan sesiapa, harap maklumkan kepada saya untuk diselesaikan. Akhir kata, terima kasih dari keluarga kami atas bantuan semua pihak.”

Mereka adik-beradik mula bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain. Mula bersalaman dengan hadirin.

Yang tinggal hanya si Amad. Masih menatap kubur abangnya. Sesekali menggeleng-gelengkan kepala kesal.

Terluka sungguh hatinya.

(Tamat dah nenek vouge...)

Comments

  1. TQ aduka taruna....abes juga ye..

    ReplyDelete
  2. Waaahhh.. leh compete Pak Rampa ni AT (^ ^)...

    Eniwei, tq sbb kongsi kesah pilu nih... Sebak dada & insaf sekejap.. (;.;)

    Besor betul ujian si ibu td tu... Moga Allah bg ganjaran setimpal.

    Al-Fatehah buat arwah...

    Dan sekilas dari Rabbani:
    "Setiap insan pasti merasa
    Saat perpisahan terakhir
    Dunia yang fana akan ditinggalkan
    Hanya amalan yang dibawa
    Terdengar sayup surah dibaca
    Sayunya alunan suara
    Cemas di dada...
    lemah tak bermaya
    Terbuka hijab di depan mata
    Selamat tinggal pada semua
    Berpisahlah kita selamanya
    Kita tak sama nasib di sana
    Baikkah atau sebaliknya
    Amalan dan takwa jadi bekalan
    Sejahtera bahagia pulang...ke sana
    Sekujur badan berselimut putih
    Rebah bersemadi sendiri
    Mengharap kasih anak dan isteri
    Apa mungkin pahala dikirim
    Terbaring sempit seluas pusara
    Soal-bicara terus bermula
    Sesal dan insaf tak berguna lagi
    Hancurlah jasad dimamah bumi
    Berpisah sudah segalanya
    Yang tinggal hanyalah kenangan
    Diiring doa dan air mata
    Yang pergi takkan kembali lagi....

    ReplyDelete
  3. AT - Pergh.... hapal gak makcik Jopon ni nasyid Melayu. Hihi

    ReplyDelete
  4. PERMINTAAN nenek_vouge utk AT:

    buat novel la..sng kita org beli n baca

    ReplyDelete
  5. Anonymous, kang cheq bernasyid dlm bhs Jepang kang sume melopong karang (^0^)...

    Dgn cheq cheq sekali tak paham nnt hehehe...

    So, AT, bila nak publish buku? (~v~)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.