Skip to main content

"Maafkan orang bu, orang tak dapat tarik abang.." 2



Tak lama kemudian Adin sampai. Lepas masukkan barang-barang (helmet, beg, etc) wa salam dengan semua pekerja hospital yang mampu, terutama Doktor India tadi. Ucap terima kasih dan terus bertolak ke Seremban.

Keluar dari pintu pagar Hospital wa suruh Adin singgah di kedai runcit. Beli susu kotak n roti. Selipar boleh lupa beli pula. Sebab Amad berkaki ayam. Kasut hilang.

Adin drive, wa dok sebelah. Amad dok belakang. Sambil tersedu. Wa hulur susu kotak, dia ambil tapi tak minum. Bila Adin bersuara, baru dia minum sikit.

“Skang ni, ko nak terus Hospital ke rumah? Hantar Ahmad dulu.” Wa tanya.

“Rumahlah. Hantar Ahmad dulu. Suruh rehat.”

“Ok.”

Di highway PD-Seremban, sebelum exit Lukut, tiba-tiba henpon Adin bunyi.

“Helo..”

Adin terdiam..

Wa jeling.

“Ye Ngah.... faham Ngah.” (Angah merujuk Kakak dia. Ustazah lepasan Jordan.)

Wa perasan mata Adin merah.

“Err.. Din. Ko bagi signal tepi. Berhenti. Biar aku bawa.”

Bila kereta berhenti, wa buka pintu.

“Ko takyah buka pintu Din. Lompat sini. Aku keluar g sana.”

Wa perasan Amad perhati dengan muka aneh.

Pastu wa teruskan perjalanan.

“Skang ni Din, kita ke hospital terus ke, atau ke rumah?”

Tadi wa setuju hantar Amad dulu. Skang wa tak setuju kalau apa yang bermain dalam pala otak wa ni betul.

“Rumah la..” Suara Adin tersekat sebak.

Time ni la kantoi dengan Amad.

“Kenapa abang, lang? Angah cakap apa tadi?”

Adin diam. Wa pun diam. Wa kasi Adin ruang buat keputusan.

“Kenapa abang, lang?” Amad dah mula menangis. Tangan goncang2 bahu Adin dari belakang.

“Kita terus pergi hospital la Din. Turunkan aku dengan Amad, ko terus settle hal kat rumah.”

Adin hanya diam. Air mata dah menitis.

“Cakap la Lang. Angah cakap apa tadi? Cakap la!!”

“Dik... abang dah takde, kita terus balik dulu la.” Suara Adin tersekat-sekat.

Amad terus meraung dalam keta. Finishing highway masih jauh. Wa besit laju.

“Orang nak g tgk abang lang. Orang nak tgk abang lang. Turunkan orang kat spital.!”

“Tunggu kat rumah!”

“Kasi orang tgk bang, lang. Lepas tu alang nak bunuh orang pun bunuhla. Tolonglah lang. Tolonglah!”

Wa dengar dia sebut bunuh jer, wa dah tak leh tahan sedih beb.

“Din. Ko kunci pintu.”

Wa tekan minyak habis laju.

Keluar highway, bayar tol, wa terus pasang double signal. Terus cilok. Langgar lampu merah, angkat tangan, etc. Dari tol ke hospital dalam 10 minit jer. Dah dekat.

Sampai kat bahagian kecemasan, wa nampak keluarga Adin dah ada. Kereta belum berhenti, Amad dah buka pintu. Adin terus buka kejar si Amad.

Dengan berkaki ayam, Amad meluru kat emaknya.

Wa silap tajuk la. Keluarga Adin panggil emak mereka Ibu, bukannya emak.

“Maafkan orang bu.. maafkan orang bu. Orang tak dapat tarik abang bu. Tangan tak kuat. Dah patah. Kereta langgar abang bu.” Gitu la esakan si Amad. Berulang-ulang.

“Din, ko pegang la kete aku, ni ada duit tambah sikit, ko settlekan hal kat rumah ko. Kat sini aku tolong. Benda dah jadi Din, sabar banyak. Bawak kereta cam biasa, bukan cam tadi.”

Adin terus pergi.

(sambung lagi.. )

Comments

  1. sambung lg???
    orang dah tangkap shahdu ni..
    mlm sambung lg ...k?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.