
Oleh : AdukaTaruna
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.
Wa bukan nak bela sesiapa. Dan wa bukan orang kepada individu yang wa pertahankan ini. Tetapi semua ini adalah perlu diperjelaskan bagi mengelakkan kekeliruan umum.
Isu konsert telah bermula lebih awal dari tarikh 6 Julai. Ustaz Nasrudin telah membantah lebih awal. Artikel bantahannya pernah disiarkan di TKO. Berlakulah polemik di blog beliau. Apabila wa membuka YM, ada rakan TKO yang mengajak untuk turut serta memberi bantuan penerangan di pihak Ustaz.
Kesimpulannya di sini, kepimpinan PAS telah mengemukakan bantahan secara senyap dahulu lebih lama. Kemudian barulah diumumkan. Mereka melakukan dengan cermat dan langkah demi langkah. Sila lihat ini :
Hishamddin yang mengkhianati janji.
Sebab itu, beliau menangis dan berkata, beliaulah bertanggungjawab sepenuhnya. Sebab degil dan khianat beliau. Sila lihat ini (video):
http://adukataruna.blogspot.com/2008/07/pembawa-babi-yang-angkuh-kepada-ahli.html
Manusia ini telah berjanji kepada ahli agama bahawa tiada hiburan yang dimaksudkan. Malangnya berniat menipu. Wa dapat rasakan taraf mana respek Hishamddin kepada ahli agama ketika membuat janji tersebut. Dia memandang rendah, dan mengganggap perkara kecil. Selepas semuanya berlaku dengan lancar, maka, ahli agama yang membantah akan terpukul akibat ‘kejumudan’ mereka.“Ha. Nampak tak? Bukannya ada masalah pun persembahan macam ni. Jumud sungguh.”
Wa bukan nak ungkit dan membesarkan pengkhianatan Hishamudin terhadap ustaz, dia sendiri sudah meminta maaf. Tetapi wa terpaksa terangkan ini. Dialah individu yang mengkhianati kepala PROTES, yakni Dr Hatta. Jadi, sebagai ketua, Dr Hatta tidak boleh membakar kapal apabila satu komponennya tiba-tiba rosak dikhianati. Profesional. Perlu mendaratkan mengikut jadual dahulu.
Perlu asingkan sesuatu itu mengikut tajuk.
Anda perlu menguasai kemampuan ini. Asingkan sesuatu mengikut tajuknya. Dr Hatta bertugas sebagai ketua PROTES. Pemuda PAS dan pemimpin PAS yang dijadualkan berucap selepas kejadian itu, perlu bertindak sebagai badan Islam yang tegas terhadap prinsip. Profesional.
Jadi, sekali lagi, bukan tanggungjawab Dr Hatta dan PAS yang telah dikhianati dalam isu ini. Wa bercakap bawah tajuk kesilapan teknikal dan pengkhianatan. Bukan di bawah tajuk hikmah. Hikmah berlaku peristiwa ini memang banyak.
Jadi, dengan meletakkan sesuatu itu di bawah tajuk masing-masing, Dr Hatta dan kepimpinan PAS yang lain tidak bersalah. Malah telah melakukan yang sepatutnya dengan tepat.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment
Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.