Skip to main content

Good Job Mr Presiden.


Cayalah Mr Presiden. Tapi jangan sampai 'naik Syeikh'. Mendominasi tanpa melerai memerlukan kelicikan dan ketajaman berfikir. Mendominasi atas penerangan konsep / dakwah / kefahaman / idealogi, bukan menghalakan satu sentimen yang membawa kepada perpecahan atau kelemahan.

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - PAS tidak sekadar menyampaikan mesej Islam kepada ahli parti semata-mata malah secara menyeluruh kepada semua pihak termasuk Umno. Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh malah sasaran Islam ialah kepada seluruh manusia dan bukan sahaja tertumpu kepada ahli PAS sahaja. "Kita harus sampaikan mesej kepada pihak yang lain, sebagaimana yang diajar Nabi Muhammad. PAS juga wajib meneruskan mesej itu dalam konteks negara kita. "Kita jumpa dengan raja-raja dan tidak salah juga kita berjumpa dengan Umno untuk menyampaikan mesej kita. Kalau tidak jumpa dengan Umno macam mana nak sampaikan mesej kita?," katanya sewaktu ditemubual oleh Harakah di pejabat pembangkang di Parlimen baru-baru ini. Beliau dengan jelas menyatakan bahawa pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej Islam di samping memberi penekanan kepada kepentingan Islam supaya Umno berubah. "Iaitu merujuk kembali kepada kesilapan yang mereka lakukan yang merugikan umat dan agama Islam itu sendiri. "Sebagai contoh, dalam masalah pilihan raya. Yang dikira oleh Umno hanya untuk menangkan parti dia, bukan untuk memenangkan Islam," katanya ketika ditanya wartawan berhubung wujudnya pertemuan PAS dan Umno berkaitan politik negara mutakhir ini. Rumusan daripada pertemuan itu, kata Ustaz Hadi ialah kepentingan perpaduan nasional di kalangan parti politik yang perlu dibincangkan lebih serius dan bukan separuh jalan malah sehingga kini PAS masih menunggu respons daripada Umno dan rakyat. "Perpaduan ini tidak semestinya kita paksa semua parti masuk BN atau gabung satu parti. Ini termasuklah wujudkan demokrasi tulen sebagaimana negara yang sihat demokrasinya,"katanya. Beliau memberi contoh, demokrasi sihat yang dimaksudkan antaranya ialah bukan sahaja pembangkang boleh membangkang tetapi yang mewakili kerajaan juga boleh melakukan tindakan yang sama namun malangnya wakil rakyat kerajaan di negara ini yang bertindak membangkang akan dikenakan tindakan disiplin. Berkaitan rundingan yang berlaku antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan kelompok yang hendak menyertai Pakatan Rakyat, Ustaz Hadi menyatakan bahawa PAS juga mempunyai hak yang sama untuk membuat rundingan. "Bukan dia (Anwar) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan. Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan. "Kalau KeADILan sahaja boleh jumpa Umno, PAS tidak boleh jumpa dengan Umno macam mana? Ini yang tidak betulnya," katanya membidas pihak yang mengkritik PAS. Tambahnya,atas dasar Islam PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak malah sehingga kini tidak ada sesiapa yang menjadi Ketua Pakatan Rakyat. "Pimpinan secara kolektif dan kita setuju masing-masing pemimpin parti mencari pengaruh mengajak rakan dalam BN supaya bersama dengan kita,"jelasnya lagi. Dalam pada itu Ustaz Hadi menjelaskan peranan ahli-ahli PAS pada pilihan raya umum ke-12 yang bersedia bekerja bagi pihak parti lain,yang mana membantu kemenangan Pakatan Rakyat. "Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya,"katanya lagi. Di samping itu, beliau juga menasihatkan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat supaya jentera PAS jangan digunakan untuk menjayakan pilihan raya ke-12 sahaja, sebaliknya selepas pilihan raya itu seolah-olah mereka tidak ada peranan lagi. - mks.

Comments

  1. yup..presiden tlh menunjukan ketegasan dn kredibiliti kita sbgai parti yg setanding atau lebey kuat dr org laen..teruskan tn presiden..kita ader jentera kite yg besar dn kuat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...