Skip to main content

Bahan Berat : Penggulungan Perjuangan Kaedah Peribadi. 2


Setelah mempunyai medium / platform.

Setelah terbina / tertegaknya medium atau platform ini, maka, bukan sahaja hamba, tetapi ramai lagi yang lain, terutama golongan muda, yang menggunakan ruang ini. Inilah adalah satu permulaan yang baik terhadap kesuburan negara kita, Malaysia. Suara, idea, pandangan bebas dilontarkan selagi ianya tidak melanggar batas agama, ataupun perlembagaan negara.

Dari sini kita berupaya membetulkan konsep, menyampaikan konsep, tegur-menegur, kritik, berhujah, berdebat, matang, rasional, kreatif dan sebagainya. Fight secara dewasa dan matang. Fight secara profesional.

Konsep keterbukaan TKO vs media negara.

TKO adalah satu media yang dikendalikan di bawah PAS. Tetapi, berkonsepkan menyiarkan pendapat tanpa edit, bukan suara rasmi PAS dan digalakkan menyebarkan bahan-bahannya. Ianya berbeza dengan Harakah atau Utusan atau RTM atau TV3.

Mari hamba jelaskan. Konsep kefahaman ini adalah rumit bagi Melayu. Harakah dimiliki oleh Parti PAS, jadi sudah tentu tertakluk kepada protokol jemaah PAS. Begitu juga TV3 atau Utusan. Ianya tertakluk kepada pemilik.

Namun berbeza dengan RTM. RTM perlu terbuka dan tidak bias menyebelahi parti. Ianya adalah suara negara. Lim Kit Siang adalah sebahagian dari kerajaan. Beliau berada di dalam parlimen. Begitu juga negeri-negeri Barisan Rakyat. Jadi, suara dan idea mereka adalah juga suara dan idea kerajaan.

Selalunya, kita tidak berupaya menjawab soalan ini. Jika anda menapis komen di blog anda, mengapa mempertikaikan Utusan Malaysia menapis di akhbar mereka?

Utusan atau Harakah atau blogger berhak menapis berita mengikut kehendak mereka. Tetapi, keterbukaan yang dimaksudkan ialah; tiada sekatan terhadap penerbitan media. Akhbar harian milik UMNO berhak menapis dan menyiarkan berita mengikut konsep mereka, dan akhbar harian milik bukan UMNO-BN juga berhak yang sama.

Tapis atau tidak, bukan isu keterbukaan di sini. Itu ialah isu pendapat dan idea. Keterbukaan ialah kebebasan lawan kepada pendapat dan idea tadi secara adil. Jelas? Bersaing. Fight secara profesional.

Kebebasan membawa kecelakaan?

Sebab itu, yang perlu dipertingkatkan atau diperkemaskan ialah undang-undang hasutan. Bukan sekatan penerbitan itu secara total. Hasutan yang didefinasikan terlebih dahulu, hendaklah disahkan di mahkamah sebelum dihukum. Bukan mengikut tafsiran parti yang diberi mandat memerintah. Jelas?

Jadi, blogger berhak menapis, Utusan berhak menapis, TV3 berhak menapis, dan berikan penerbitan kepada parti lawan yang juga berhak menapis mengikut acuan mereka.

Berbanding dengan TKO, telah diumumkan konsep mereka. Dan dalam perjuangan peribadi ini, walaupun hamba berhak menapis segala komen, tetapi hamba memilih tidak menapisnya. Hanya untuk seketika ini. Setelah semuanya berada di tahap kelas pertama, kefahaman yang jelas, kejumudan yang terlerai, barulah hamba melakukan hal yang sama.

(dirangkaikan dengan artikel berkenaan isu semasa yang diterbitkan nanti)

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...