Skip to main content

Bahan Berat : Penggulungan Perjuangan Kaedah Peribadi.


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Pendahuluan.

Sekali lagi, ini adalah bahan yang agak berat. Anda boleh menghentikan bacaan ini sekarang, sekiranya anda tidak suka bahan berkategori berat. Sekali lagi, hamba menegaskan hamba bukan jemaah PAS. Hamba tidak berbai’ah dengan PAS. Hamba bergerak secara individu. Hamba adalah pemikir bebas.

Dan sekali lagi, anda perlu tapis setiap apa yang hamba sampaikan, dan kemukakan hujah ilmiah sekiranya tidak bersetuju, sebagai pengimbang kepada golongan pembaca / pendengar.

Tujuan.

Hamba telah menolak banyak kali pelawaan untuk berbaiah dengan PAS. Sejak tingkatan 4, yakni permulaan hamba mengenal PAS, hamba telah berfikir laluan ini. Ketika hampir semua rakan dan sanak keluarga berbaiah dengan PAS, walaupun sedikit sebanyak dari penerangan hamba sendiri, tetapi hamba tetap tidak mahu menyertai. Kerana hamba telah lama melihat satu laluan istimewa ini.

Hamba menggunakan kelebihan memiliki ‘special pass’ ini, dalam membentuk pemikiran manusia yang tercapai oleh medium yang hamba miliki , yakni internet. Hamba tidak terikat dengan protokol jemaah. Hamba tidak kata hamba betul, malah pendengar / pembaca perlu menapis atau memberi hujahan imbangan lain.

Langkah pertama.

Langkah pertama hamba ialah memerangi assobiyah Melayu. Sifat kebangsaan memang tebal. Melayu dimomokkan dengan bangsa Melayu itu hebat (tunggula novel wa ni). Sasaran bukan orang PAS. Tetapi Melayu secara keseluruhan. Di awal kehadiran hamba di alam maya ini ialah menanam doktrin bangsa Melayu adalah bangsa yang bangang. Secara total dan general. Bagi hamba ianya adalah fakta. Bagaimanapun, sekali lagi, mereka yang tidak bersetuju berhak memberikan hujah untuk imbangan yang lain kepada pembaca / pendengar.

Maka, menjelajahlah hamba ke beberapa forum Bahasa Melayu di internet. Antara yang pertama ialah PEKIDA, 'gangster Melayu'. Kemudian TKO, webkl, cari.com, mykmu. Konsep Melayu adalah bangang, adalah asas kefahaman yang perlu dikuasai, mengikut silibus hamba.

Langkah kedua.

Kemudian, langkah kedua ialah meruntuhkan tembok kejumudan dan kegelapan ahli PAS. Ini perlu kerana hamba menumpang media mereka. Yakni TKO. Tanpa keterbukaan, hamba sukar bergerak. Malah, tanpa keterbukaan, masyarakat tidak merapati PAS. Keterbukaan yang beracuan Islam lah. Bukan acuan isme ciptaan manusia.

Malangnya, secara tidak semena-mena, hamba telah menjadi mod TKO. Bagi hamba, ini adalah satu ikatan / bebanan / anti-bebas. Sedangkan planning hamba jauh di hadapan, dari apa yang masyarakat lihat. Hamba dalam perjalanan membantai Presiden PAS dan ahli PAS .

Maka, hamba telah membuat surat terbuka dalam bentuk memberi tekanan kepada admin TKO, supaya membebaskan jawatan mod dari hamba. Alhamdulillah. WM ketika itu, DC telah membebaskan jawatan mod dari hamba.

Dan ketika fasa ini, hamba fight habis-habisan dengan mod-mod TKO berfikrah PAS yang jumud. (tanpa menyebut nama) Teringat salah seorang rakan seangkatan. Doraemat.

Thread-thread bercorak ini kebanyakan dikunci, dihilangkan. PAS ketika ini masih di zaman kegelapan. Anda tidak akan berjumpa di TKO satu thread yang mengkritik PAS berbentuk ilmiah. Anda akan sukar menemui di TKO, satu artikel muka depan, satu kritikan bercorak hujah. Yang ada hanya thread-thread memaki PAS dari pihak UMNO.

Hari ini, anda boleh melihat kegemilangan TKO. Digeruni lawan dan kawan. Dalam dan luar. Tidak kira PAS sendiri, apatah lagi BN. Berapa banyak idea, suara, kritikan bawahan yang mencorakkan keputusan atasan. Satu fenomena pemikiran 2 hala. Dari akar ke pucuk dan dari pucuk ke akar. Sangat cantik dan manis.

Namun generasi silih bertambah.

Generasi di TKO bercambah. Jumud bertukar ganti. Mahu tidak mahu, proses itu perlu diulangi. Malah ditambah atau disesuaikan. Dimaki adalah lumrah. Motifnya ialah meletakkan PAS berada di dalam satu massa yang terkini. Anda setuju atau tidak belakang kira. Asalkan keterbukaan dan profesional itu berjaya ditegakkan dalam satu medium yang penting ini, ianya adalah satu kejayaan. Terbinanya satu platform untuk tindakan-tindakan, idea-idea yang seterusnya.

TKO adalah satu medium penting. Satu kelompok masyarakat yang agak besar. Potensi besar yang ada pada TKO membuat hamba berhabis-habisan memperjuangkan keterbukaan, ke-profesional-an pentadbiran TKO. Hamba sanggup merempat di TKO tanpa memiliki blog sendiri untuk satu ketika. Dimaki, diperli, dikutuk, diumpat adalah modal, ditelan, motif ialah untungnya ; yakni satu platform yang begitu terbuka telah terbina.

http://adukataruna.blogspot.com/2008/06/oleh-adukataruna-wa-ditanya-kenapa-wa.html

Jika anda berada 2 tahun terdahulu, logikkah satu artikel yang mengkritik Presiden PAS diterbitkan di TKO?

Jika anda berada 2 tahun terdahulu, logikkah satu artikel yang membalas hujah dan kritikan terhadap Presiden PAS sebagai satu imbangan terhadap pembaca yang lainnya, diterbitkan di TKO?

Tidak masuk akal. Tetapi inilah keterbukaan yang dikecapi oleh ahli TKO, setanding dengan keterbukaan yang dikecapi oleh rakyat Kelantan.

Anda lihat thread-thread kritikan hamba terhadap PAS. Kira berapa banyak yang dimusnahkan oleh golongan UMNO, dari yang dimusnahkan oleh golongan PAS. Berapa banyak anda melihat akubaik5, melayunet, anzawan dan sebagainya yang menggangu? Sedangkan thread itu dikatakan peluru bagi pihaknya.

Nampak? Apabila profesional itu diamalkan, ianya mendatangkan perasaan hormat pihak lawan. Satu daya yang membuatkan mereka berfikir dan membanding-bandingkan. Satu idea, satu luahan, satu kreativiti yang tidak disekat secara melulu, tetapi disekat secara profesional, yakni hujah juga atau dalam bentuk yang dilontarkan itu.

(Bersambung. Tidak akan dihantar ke TKO. Akan mengupas isu konsert demo 678, adakah PAS perlu keluar dari BR secara taktikal, dan sebagainya nanti. Mungkin dalam bentuk video.)

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...