Oleh : AdukaTaruna
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Tuan,
PER : Cadangan Membuka NGO Wanita Di DUN Melor.
Terlebih dahulu, saya seperti nama di atas, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak tuan atas hubungan akrab negara Kemboja dengan Malaysia. Semoga ianya terus berkembang dengan lebih baik dari masa ke semasa.
Tuan, di sini saya mempunyai beberapa cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak tuan. Cadangan itu ialah pihak negara Kemboja dapat menubuhkan satu NGO atau membiayai satu NGO wanita Kemboja di DUN Melor, Kelantan. Ini adalah bertujuan :
1. Atas kesukaran hidup di Kemboja, NGO ini akan menjadi platform wanita-wanita di sana untuk menjadi calon-calon isteri di sini. Dengan syarat yang sangat ketat. Yakni cantik. Mungkin NGO ini akan berkerjasama dengan agensi model bagi tujuan saringan. Yang tidak cantik sudah mempunyai pelbagai itensif lain seperti program aqiqah-korban.
Kami di sini membela wanita-wanita atas nama Islam. Tetapi terpilih. Inilah takdir dan jodoh.
2. Kerjasama ini akan meningkatkan imej negara tuan di mata dunia. Betapa profesionalnya negara tuan berkerjasama dengan Kelantan ketika Malaysia sendiri memulaukan Kelantan.
3. Sekiranya cadangan ini berjaya, kami akan meluaskan ke beberapa destinasi lagi. Antaranya, Nepal, Tibet, Bosnia. Somalia, Habsyah dikecualikan kerana tidak cun.
4. Program ini dijamin mendapat kerjasama dari setiap ahli politik DUN Melor. Kerana kami sangat taat dibawah satu istilah yang dinamakan wala.
Di harap pihak tuan dapat mempertimbangkan cadangan kami ini.
safsap afadafapefek nafnarafamafa ifirefebmefmem ifigafab nafnaktaftakgnifgnitifid afajafagnefes nafnanafakefeT
http://adukataruna.blogspot.com/
Tekanan sengaja ditingkatkan bagi memberi amaran kepada PAS.
ReplyDelete