Skip to main content

Sembang-sembang Bola.



Oleh :
AdukaTaruna

Hari ni wa nak sembang pasal bola. Euro 2008. Sebab pakcik Zainudin Zaidan orang kampung wa, wa sokong Perancis. Skang beliau dah bersara sambil menanduk dada orang. Namun, wa masih mempunyai beberapa pemain yang wa minati dalam France. Vierra tak tahu main ke tak. Sebab injured. Abidal si muslim dan Riberry pon ada. Orang lama Henry dah pemalas. Main senang. Ghairah dah kurang.

Pasukan pilihan.

Selain France, wa rasa German antara pasukan yang wa pilih ke final. Belanda rebutla sama Italy. Jangan rebut dengan France pulak. Sedih hati wa.

Pasukan yang mesti ditonton.

Wa kongsi dengan lu orang. Tak semua game yang best. Banyak gak game yang tahap boring tahap Paklah mendengar kutbah Jumaat. Jadi, wa ramal team yang main menyerang dan agresif.

1. Belanda. Si Roben ni rajin ya amat. Kengkadang tamak cam Keri pun ada. Game pasti menarik. Dia ni kalau berganding dengan Messi di side sebelah sana mmg caya. Kena pulak letak Riberry attacking tengah. Pergh... kejap jer rasa dah separuh masa.

2. Yang ni bias sket. France. Sebab wa minat perwatakan cool. Vierra / Zidane / Abidal adalah perwatakan ala2 cool. Pendiam. Tajam. Tenang. Tapi dalam otak laju berfikir. Watak hero novel wa. Ngeh3. Watak paling tak suka C. Ronaldo. Poyo, penipu n mengamuk tak tentu pasal.

3. Portugal. Deco ada. Yang ni pon sekor lagi. Jenis bernafsu. C. Ronaldo pun jenis ni gak. Tapi siyes wa cakap, ini bukan stendet EPL beb. Baik mutu pengadilan, ataupun mutu pertahanan. Jangan harap mamat kegilaan wanita Melayu ni beraksi baik. Muahahaha, dengki ala Melayu pulak wa.

Team paling boring.

1. Italy. Team ni wa jangka main counter attack. Mutu serangan rendah. Peratus gol lebih tinggi pada coner kick atau free kick. Keseluruhan, team ni bagi wa paling ayam. Cuma masalah terbesarnya ialah Buffon. Siyes beb. Gol keeper ni, kalo try dr jauh, macam tunggu UMNO turunkan harga minyak. Nak gol kena dekat2. Nak dekat2 payah. Sebab diorang main bertahan. Team ada title lain boleh kontrol game, tapi jgn harap nak dapat gol. Kena adalah la.

2. Malaysia. Eh silap. Germany. Team ni mmg power. Mmg boleh membelasah. Banyak gol. Tapi tiada nilai cantik. Atau kata lainnya, team ni ialah produk sains, bukan produk seni. Kalau Germany lawan Brazil, ianya boleh dikatakan seni bola sepak VS sains bola sepak.

Kejap lagi.

Swizerland VS Czech. Atas kertas czech la menang. Wa pon ramal yang ni gak. Czech akan control game. Menang 2 - 0.

Portugal VS Turkey. Wa rasa Turkey akan mengejutkan Portugal. Semangat Turkey ni wa rasa melebihi Portugal.

a. Pertembungan hangat politik Islam vs politik sekular mereka. Jadi sentimen hala tuju negara mereka masih membara.

b. Team mereka first time di suku akhir Piala Juara-juara. Tumpuan media mereka, sentimen rakyat, semangat pemain wa wamal berada tahap tertinggi.

c. Portugal mungkin berada dalam zon selesa. Macam Terengganu 1999 dan Kelantan 2008. Sibuk cerai bini untuk tambah bini. Yang cun-cun. Cina Kemboja beb. Apa barang Somalia dan Habsyah.

Ramalan, Turkey menang 1-0.

Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.