
Oleh : AdukaTaruna
Setelah wa membayar ganti rugi kat kak memot akibat ramalan yang salah, wa memberanikan diri bercakap pasal bola lagi. Best oo main teka-teka ni. Feeling dia lain macam sket. He. Jangan ada yang tuduh wa suka berjudi sudah.
Austria lawan Crotia.
Yang ni 2-2 wa tak minat. Berada di luar pemerhatian wa. Tapi wa try gak nak teka. Sama ada Austria menang sebab tuan rumah, (semangat lebih) ataupun seri tanpa jaringan. Perlawanan dijangka membosankan. Sebab macamana cantik pon mereka main, dah wa tak minat nak wat cane. He....
Austria 0 Crotia 0
Austria 1 Crotia 0
Germany lawan Poland.
Wa pilih mengikut arus. Germany akan menang. Gol memang besar. Sama ada 2-0 atau 3-0. Negara sains ni akan mempamerkan keberkesanan sains mereka.
Betapa mereka mengacuk benih2 pro sukan lama dahulu, menyimpan benih2 pelbagai latar kebolehan dalam satu bank. Kacukan eropah bersaiz besar, tahan lasak, pantas berfikir, etc. Taktikal, persediaan emosi semuanya digarap secara sains.
Wa secara peribadi tidak minat Germany, walaupun tak hairan sekiranya negara ini berada dalam final atau sekurang2nya separuh akhir. Wa lebih minat France. Sebab nilai 'dunia' dalam eropahnya (byk pendatang bukan dari eropah).
Kalau betul, ganti rugi pada kak memot akan diclaim semula. He...
Germany 2 Poland 0
Germany 3 Poland 0
Comments
Post a Comment
Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.