Skip to main content

Presiden PAS Perlu Diberikan Kepada ‘Ahli’.

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Tuan Guru Haji Hadi perlu meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada yang lebih terbaik.

Hamba sudah semestinya cuba mengelakkan diri dari bercakap dalam konteks agama kepada manusia yang ‘ahli’ dalam agama. Namun, tidak dapat tidak, ada beberapa perkara yang terpaksa hamba sentuh dalam konteks yang berkenaan. Namun, batalkanlah serta-merta, jika ternyata hamba salah dalam mentafsirkannya.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud sesuatu bidang itu perlu diserahkan kepada ahlinya. Jika tidak, maka, tunggulah kehancurannya. Bagaimanapun, ini bukanlah bermakna jawatan Presiden itu telah diberikan kepada bukan ahli apabila Tuan Guru Haji Hadi menjawatnya, sebaliknya begini.

Di dalam sebuah organisasi yang berjuang ke jalan ALLAH, sudah pastilah ALLAH tunjukkan manusia-manusia yang cerdik , pandai, beriman dan berkualiti ke arahnya. Mana yang palsu, munafik dan hipokrit, sudah tentu ALLAH tunjukkan kepada jalan yang lain. Dan di dalam PAS, terdapat ramai ‘ahli-ahli’ yang layak dan berkualiti menjawat jawatan Presiden PAS termasuk Tuan Guru Haji Hadi sekali. Dan di antara yang ‘ahli-ahli’ itu, sudah tentu kita perlu memilih yang paling terbaik. Terbaik di sini adalah bermaksud paling sesuai dengan skop kerja jawatan itu.

Nama jawatan sahaja sama. Lain tempat, lain situasi kerjanya.

Bagi hamba (tidak semestinya betul) seorang Presiden pembangkang di Malaysia memerlukan kriteria yang sesuai bagi menghadapi situasi kerja di Malaysia. Tidak semestinya situasi itu sama sahaja di seluruh dunia apabila menjawat jawatan yang sama. Mari kita lihat apakah keperluan seseorang itu untuk menjawat Presiden pembangkang di Malaysia (baca : PAS).

1. Peka dan pantas berfikir. Seluruh dunia sama. Ramai yang peka dan pantas di dalam PAS, termasuklah Tuan Guru Haji Hadi. Tetapi demi Islam, kita perlu memilih yang lebih peka dan pantas dari yang lain-lain. Jika Khalid Al-Walid tenang tidak disambung jawatannya, inikan pula Tuan Guru Haji Hadi yang memimpin cebisan organisasi Islam dari dunia ini. Insyaallah.

a. Era globalisasi memerlukan seorang pemimpin yang memiliki daya intelek yang tinggi. Kepantasan dan ketajaman membaca arus. Bukan seseorang yang mudah diperkotak-katikan oleh wartawan murahan, ataupun tenggelam bersama golongan yang dipimpin.

b. Tampuk pemerintahan memerlukan seorang pemimpin yang berupaya mengasingkan rakan taulan yang berfikiran kaku. Adalah malapetaka sekiranya negara di tadbir oleh manusia yang dikelilingi pemimpin sebegitu. Kita tidak mahu Malaysia ditadbir ala Terengganu 1999 menggunakan nama PAS.

2. Mampu menyesuaikan diri dengan keadaan dan masa. Boleh memakai T-Shirt pagoda, boleh memakai seluar trak, selamba memakai pakaian yang sesuai apabila menaiki rakit / bot melawat mangsa banjir, boleh menyertai sukan, mendaki gunung, sihat, bertenaga. Pagi memakai kot menghadiri mesyuarat, tengah hari memakai T-Shirt berkolar dan seluar melawat dan menyampaikan bantuan, petang berpakaian sukan menyertai program pemuda dan malam berjubah menyampaikan kuliah agama.

3. Menjaga tubuh badan. Tidak boroi dan kelihatan sihat. Tidak perlu melihat Bush atau Blair. Lihatlah Ahmad Neejad dan Osama Laden. Sentiasa siap, bertenaga dan bersedia.

4. Sentiasa di hadapan bersama rakyat. Dibeduk FRU, disiram air kimia, gas pemedih mata, dimaki, diputar-belit, diprovok dan sebagainya. Presiden PAS akan kena dahulu, baru rakyat dibelakangnya turut sama merasai. Inilah Malaysia.

5. Sentiasa mampu meminpin dalam apa jua cuaca, apa jua isu, apa juga kekeliruan. Muncul isu Hindraf, esok keluar kenyataan yang memandu-arah ahli tentangnya. Muncul lagi isu hina istana, esok muncul lagi nilai kepimpinan. Ini bukan sudut media perdana, dengan media sendiri pun lembab.

Kesemua kriteria di atas tidak sesuai untuk ulama yang agresif watak, pasif analisa.

Bagi hamba (tidak semestinya betul), skop kerja yang digariskan di atas tidak sesuai dilalui oleh seorang ulama. Ulama seperti Tuan Guru Haji Hadi bukan di situ. Tetapi berada di tempat yang lebih tinggi. Ulama ini perlu dilindungi dan melindungi. Kata lainnya, kami, perlu melindungi ulama daripada dibeduk, dikasari dan sebagainya; dan ulama pula melindungi kami daripada terkeluar dari landasan Islam dalam perjuangan dan kehidupan di dunia ini.

Memang benar, Nabi sendiri dibaling batu dan patah gigi dalam berjuang, tetapi, dalam keadaan normal, para pengikut baginda akan sentiasa melindungi baginda. Ada yang sanggup mengganti tempat tidur walau berisiko dibunuh, ada yang kejap jalan di hadapan, kejap jalan di belakang baginda, ada yang menangis menahan sakit dipatuk ular dan sebagainya.

Jadi, Tuan Guru Hadi Awang bukan bertaraf Presiden.

Jadi, Tuan Guru Haji Hadi tidak layak menjawat Presiden. Sebaliknya di tempat yang lebih tinggi yakni ulama yang melindungi kita semua. Ianya adalah harddisk atau rujukan. Seperti Ahmad Neejad, walaupun beliau dimaki, diancam bunuh dan sebagainya, tetapi para ulama Iran lebih tinggi daripada beliau. Bila-bila masa sebarang keputusan beliau boleh dibatalkan oleh Sistem Ulama Iran.

Kita berada di tahun 2008.

Kita berada dalam dunia tanpa sempadan. Dunia di hujung jari. Terbuka. Ini bukan dunia tahun 60an. Sampai bila suara-suara haluan kedua harus disembunyikan? Sampai bila ianya menjadi taboo untuk dibincangkan? Sampai bila fatwa kafir terjatuh kepada mereka yang menyuarakan pandangan terhadap kepimpinan? Ayuhla Melayu. Keluarlah dari tempurung anda.

Untuk melihat kualiti seseorang pemimpin itu, anda lihatlah kualiti penyokong kuatnya secara keseluruhan. Adakah soal dahan dibalas soal dahan? Adakah soal bunga dihujah soal bunga? Mengikut point atau kekal di standard pemikiran Melayu seperti mana pemimpinnya?

Saksikan diruang bawah ini.

Wallahualam.

Comments

  1. Moga Islam menjadikan kita bersatu !

    seperti Aus dan Khazraj di zaman Rasul...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...