Skip to main content

Presiden PAS perlu diberikan kepada yang ‘ahli’.


Ini adalah artikel lama yang mungkin relevan semula di waktu ini. Sumbernya di sini :

http://www.tranungkite.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3258&highlight=perbincangan+seorang+budak+kepada+ahli+pas

http://www.tranungkite.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1475&postdays=0&postorder=asc&highlight=perbincangan+seorang+budak+kepada+ahli+pas&start=0

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Oleh : AdukaTaruna.

Pendahuluan.

Pertama sekali hamba sekali lagi menegaskan ini semua adalah pandangan peribadi. Seorang yang tidak mewakili mana-mana pihak walaupun kepada nama yang akan disebutkan sebentar lagi.

Pandangan hamba ini adalah disudutkan kepada masyarakat bukan ahli PAS yang berjuta-juta berbanding dengan 800 000 ahli PAS. Apakah harapan mereka kepada gerakan yang menyediakan satu jalan alternative terhadap kebobrokan yang semakin menyesakkan ini. Apakah tawaran yang boleh diberikan oleh PAS kepada kami ini.
Inilah yang mahu dibincangkan.

Insyaallah.

Dunia pembaca ahli PAS.

Kini, ahli PAS, dengan perasaan tenang dan tidak membaca terburu-buru untuk mengeluarkan komen, hamba pinta supaya kalian keluar sebentar dari dunia kalian. Masuklah di dalam dunia kami. Dunia kami ini :

a. Kami amat tersiksa dengan segala penyiksaan / penghinaan yang berlaku di negara tercinta kami ini. Dengan kes jenayahnya, keselamatan anak-anak kami, masa depan pendidikan anak-anak kami, masa depan kesinambungan hidup kami, kedaulatan tanah air kami dan sebagainya amat merunsingkan.

b. Kami hanya disogokkan dengan massa yang dibonekakan. Media yang dipalsukan. Fitnah yang sampai ke pintu-pintu rumah kami.

c. Kami diugut dengan pelbagai ugutan. Masa depan yang diperjudikan. Perjanjian akujanji. Tekanan dari segenap arah.

d. Kami tidak tahu kepada siapa kami ingin mengadu. Dengan perkhabaran buruk mengenai alternative yang ditawarkan pihak-pihak pembangkang, dengan kuasa yang terhad oleh pihak pembangkang, dengan apa yang ditonjolkan oleh pihak pmbangkang, kami meragui keupayaannya. Maka, tanpa berani mengambil risiko, biarlah menderita kesakitan dari mencuba ubat yang belum pasti.

Ini adalah antara dunia yang hamba bawa. Majoriti yang berjuta-juta ini adalah bukan ahli PAS. Sama ada muslim atau tidak. Hamba mengajak para ahli PAS, terutama perwakilan PAS, menjengok dunia kami ini. Tinggalkan dahulu dunia kamu untuk sementara.

Wallahualam

Apa yang kami perlukan dari mereka yang menawarkan diri membantu kami?

Kami ingin bersuara.

Kami ingin menyuarakan rasa hati kami. Kami ingin menjerit dengan penyiksaan yang berlaku. Kami ingin mengambil bahagian memperjuangkan ini semua. Tetapi, persoalannya, apakah saluran yang ada?

* Jika kami menumpang kasih saluran yang didominasi oleh ahli PAS, kami akan dituduh dan dilabel dengan pelbagai tuduhan jika suara kami itu berlainan dengan mereka.

* Jika kami menumpang saluran yang didominasi oleh BN, maka, kami juga diperlakukan sedemikian rupa. Tiada bezanya.

* Jika kami menumpang saluran yang didominasi oleh pembangkang yang lain, kami yang beragama Islam sedikit gusar kerana disambut oleh fahaman yang tiada diturunkan ALLAH.

Kami ingin melihat.

Kami ingin melihat bukti-bukti apa yang ditawarkan pembangkang kepada kami. Jika masalah harga, apa tawarannya kepada kami? Jika masalah ekonomi, apa tawarannya kepada kami? Jika masalah remaja, apa yang ditawarkan kepada kami?

Alhamdulillah, dengan apa yang ditunjukkan oleh Kelantan, sedikit sebanyak menenangkan hati kami. Walaupun mempunyai kuasa dan kewangan yang terhad, tetapi, kemampuan menyediakannya seakan-akan melebihi sumbernya.

Bagaimanapun, itu cerita Kelantan dan model yang ditunjukkan. Bagaimana dengan cerita Perdana Menteri yang dimomokkan / dilagukan lemah, lembab, tidur, tidak prihatin, mengikut telunjuk, tidak tegas, teragak-agak dan sebagainya?

Kami melihat Presiden yang disediakan oleh PAS juga begitu. Ini apa yang kami lihat. Jangan kamu beri apa yang kamu lihat atau apa yang Asiaweek lihat. Kamu tidak boleh berfikir Malaysia itu adalah ahli PAS. Kamu tidak boleh bermimpi begitu.

Kami mempunyai hak untuk membelek / meneliti alternative kepada masalah yang menyiksakan ini. Kami mempunyai hak untuk menilai alternative kepada Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri kami.

Jika Paklah tidak prihatin, di manakah alternative kepada Perdana Menteri kami ketika setinggan dirobohkan?

Jika Paklah hanya memantau dari jauh, di manakah alternative kepada Perdana Menteri kami ketika isu kedaulatan negeri Johor kami?

Jika Paklah sibuk dengan anak beranak tanpa peduli dengan nasib rakyat, dimanakah alternative kepada Perdana Menteri kami ketika isu minyak, isu tol, isu rempit, yin si budak hilang, harga naik, dan sebagainya? Di manakah beliau? 2 x 5.

Maka, dibimbangi apa yang terjadi.

Golongan non-muslim semakin jauh dari PAS, melihat model DAP, golongan muslim teragak-agak kebolehan PAS memerintah negara.

PAS perlu menyediakan watak hero kepada masyarakat luar.

Orang berilmu itu hamba bahagikan kepada 2.

a. Peneroka.
b. Mengandung.

Peneroka – Orang berilmu yang cerdik. Orang ini menjumpai ilmu dengan ilmu; dan menjumpai ilmu dan menjumpai ilmu dan seterusnya.

Pengandung – Orang berilmu yang tidak mampu menjumpai ilmu. Hanya berlajar dari penjumpa ilmu. Mereka ibarat hardisk yang akan memindahkan ilmu kepada medium yang lain.

Hampir kesemua Melayu adalah jenis ini, termasuk Presiden anda.

i. Mereka hanya mengguna teknologi dari menjumpai teknologi.
ii. Mereka hanya menyimpan ilmu dari penjumpa ilmu.

Jadi, perlunya kita menyusun sesuatu bidang itu mengikut ahlinya. Jika haddisk, kita letakkan sebagai hardisk. Jika pemain pertahanan kita letakkan sebagai pemain pertahanan. Jika pitcher, kita letakkan sebagai pitcher.

Malangnya bangsa Melayu amat lemah berfikir.

Katakan begini. Katakan kalian diberikan John Terry, C. Ronaldo dan Dida. Anda pula tidak tahu siapa mereka ini. Yang anda tahu hanyalah mereka yang datang ingin menjalani uji bakat sebagai pemain bola dengan Melayu.

Pasti dan pasti, akan ada yang memilih John Terry sebagai sayap, C. Ronaldo sebagi Keeper dan Dida sebagai penyerang atau sebagainya. Mengapa John Terry main sayap plak, Abu? Sebab dia terer main bola la.

Memanglah terer, tapi posisi yang salah. Begitu juga dengan TGHH. Memanglah ulama dan terer, tapi di posisi yang salah. Bagi ahli kelab / penyokong berkenaan, mereka tidak nampaklah. Wala dan sebagainya. Tetapi bagi orang luar? Apatah lagi apabila orang luar itu terpaksa memperjudikan negara memilih pemain yang berposisi salah.

Mari kita lihat TGHH 1.

Setelah menghadkan pointnya, dan selain dari isu-isu yang disebuitkan sepintas lalu di atas, kita pergi kepada isu yang lama dahulu.

Kes ustazah Johor mati dibunuh.

Kalian selaku Melayu apa yang kalian fikirkan? Hamba bagi masa 10 minit. Jangan baca dahulu di bawah ini. Kita fikirkan, apa yang anda nampak dengan peristiwa itu?

10 minit. Fikir dengan tenang. Kemudian tulis apa yang anda nampak.

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

10 minit....

9 minit....

8 minit....

7 minit....

6 minit....

5 minit....

4 minit....

3 minit....

2 minit....

1 minit....


Ini apa yang hamba nampak (tidak semestinya sesuai dan relevan)

1. Ustazah yang terkorban kerana agama di hati muslim. Kerana negara di hati Melayu dan non muslim.

2. Ustazah itu berasal dari Johor.

3. Ianya menjadi isu rakyat. Ada elemen simpati. Ada elemen marah. Ada sedikit gelombang kecil terhasil dalam dunia pendidikan UMNO.

Di manakah alternative kepada Perdana Menteri kami ketika ini? Dan di manakah peranan beliau selaku posisi Presiden?

1. Adakah TGHH sibuk untuk melawat tempat kejadian bersama-sama orang ramai ketika itu? Tiada? Sibuk? Ada? Salah media?

2. Adakah TGHH sibuk untuk melawat keluarga mangsa yang berkorban demi agama bagi muslim dan bangsa / negara bagi Melayu dan non muslim? Bertanya khabar? Bersama terjun dalam elemen simpati rakyat. Bersama terjun dalam elemen marah rakyat. Memanipulasikan gelombang kecil yang terhasil. Di mana beliau? Sibuk atau hamba ketinggalan dan hanyut bersama media tunggangan?

3. Jikalau 1 dan 2 sibuk, adakah bidaah menghalang TGHH membuat sedikit tahlil ringkas atas tiket PAS sebagi bukti penyediaan alternative kepada Perdana Menteri kami? Sebelum ceramah atau kuliah yang hanya 5-10 minit.

4. Tahukah / pekakah / cerdikkah TGHH untuk menyedari bahawa Johor adalah kubu kuat UMNO. Jikalau keupayaannya terhadap isu ini tidak mampu merobohkannya, setidak-tidaknya ianya menjadi ‘rahmat’ kepada keluarga mangsa apabila bantuan mencurah-curah tiba bagi bersaing dengan Presiden PAS?

Inilah malangnya apabila Melayu tadi meletakkan Dida sebagai penyerang. Meletakkan pengurus Ferrari sebagai pemandu kereta Ferrari di dalam sebuah perlumbaan yang penuh dengan penipuan.

Walaupun sekadar berlumba dengan Proton Saga, tetapi dengan penipuan yang ada, diburukan lagi dengan pemandu yang sibuk menulis buku mengenai pemanduan berhemah, maka, apakah alternative yang ingin anda tawarkan kepada kami?

Mari melihat TGHH 2.

Kini hangat dengan isu remaja.

Penyebaran video di handphone, youtube, aksi rempit dan sebagainya. Sangat hangat di kalangan remaja.

Sekali lagi, kalian selaku Melayu apa yang kalian fikirkan? Hamba bagi masa 10 minit. Jangan baca dahulu di bawah ini. Kita fikirkan, apa yang anda nampak dengan peristiwa itu?

10 minit. Fikir dengan tenang. Kemudian tulis apa yang anda nampak.

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

10 minit....

9 minit....

8 minit....

7 minit....

6 minit....

5 minit....

4 minit....

3 minit....

2 minit....

1 minit....

Ini apa yang hamba nampak (tidak semestinya sesuai dan relevan)

1. Remaja adalah pengundi baru yang bakal mengantikan pengundi Melayu yang bangang sebelum ini.

2. Remaja mempunyai media masa mereka tersendiri. Kamera handphone, youtube, metacafe dan sebagainya.

Di manakah alternative kepada Perdana Menteri kami ketika ini? Apa yang ditawarkan kepada kami? Di manakah peranan beliau yang kalian sendiri tawarkan kepada kami sebagai posisi Presiden untuk kami, rakyat Malaysia?

Yang nampak para ahli sekadar menyalak dan menyalak. Di mana beliau.

1. Bayangkan secara tiba-tiba, Presiden yang anda tawarkan kepada kami menaiki motor ex5 dan berhelmet menghampiri sekumpulan rempit.

2. Dengan seluar jeans, baju T-Shirt, ex5, wajah yang tenang, penuh dengan senyuman dan kasih-sayang menyapa kumpulan tersebut.

“ Assalamualaikum adik. Jangan takut ye. Saya ni. Hussam. Saya nak buat bancian sikit la. Tapi kalau adik tak selesa, adik cakap ye, abang pergi ke kumpulan yang lain pulak.”

“Eh… abng ni kan yang selalu keluar internet ni kan. Kat youtube. Kan. “

“Yer la tu dik. Hehehe. Takderla. Abang nak tanya korang semua ni. Mana tahu ada apa-apa isu yang boleh kami suarakan. Macam penyediaan litar lumba ke, harga minyak mahal ke, harga 2T mahal ke, tariff caj hanset mahal ke, boleh kami bawa kat parlimen.”


3. Rakaman Presiden PAS akan tersebar dari hendphone ke handphone. Dari youtube. Inilah penerokaan pertama menyelamatkan mereka.

Di mana kebijaksaan para perwakilan PAS dalam memilih TGHH sebagai posisi Presiden untuk ditawarkan kepada kami? Di mana?

Ketika Salehuddin Ayubi berjuang sehingga tidak sempat menunaikan haji, alternative yang ditawarkan kepada kami sibuk menulis buku dalam keadaan Malaysia seakan mahu kiamat ini? Memang tidak salah menulis buku, tetapi posisi apa?

(Ah peduli apa. Asiaweek senaraikan dia sebagai manusia berpengaruh. Kamu jangan hina Presiden kami. Kami wala. Ada nas2nya. Makian kamu akan berbalik kepada kamu.)

Eh, kami ini rakyat Malaysia. Kami berhak membelek, meneliti produk yang kalian tawarkan.

(Ah. Aku tidak akan letih melawan liberal. Aku bangga di katakan jumud untuk melawan secular)

Mari melihat TGHH 3.

Demontrasi isu rakyat. Non muslim, muslim, baby, orang tua turut serta.

1. Di mana alternative yang ditawarkan kepada kami ketika kami dibelasah, dikejar, dibeduk?

2. Adakah produk yang ditawarkan kamu takut jubahnya kotor ataupun berasa hina dengan statusnya bersama-sama kami?

3. Di manakah alternative yang ditawarkan kamu kepada kami dalam isu ini? Kamu mengapikan kami, kami dibeduk. Kamu sedap-sedap menulis buku. Posisi apakah yang perwakilan PAS tawarkan kepada kami ini?

Ketika Khalifah dahulu berjalan-jalan malam / menyamar membela rakyatnya, alternative yang perwakilan PAS tawarkan kpada kami mempunyai sifat-sifat eksklusif seorang dewa. Berada di dalam dunianya sendiri.

Adakah kamu berfikir Malaysia itu ahli PAS? Kami yang berhak menentukan kerajaan kami. Kamu semua berhak mempromosikan produk kamu. Jadi, jika inilah tahap Melayu-Melayu perwakilan PAS meletakkan / menyusun posisi itu untuk dipersembahkan kepada kami, maka…. ?

Mari Melihat TGHH 4

Mari kita nilai tahap intelektual alternative yang ditawarkan kepada kami, oleh para perwakilan PAS.

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7382&Itemid=29

Bagaimana dengan masyarakat berminda strategic apabila membaca ini. Alternatif yang ditawarkan para perwakilan PAS kepada kami memngambil jumlah bendera sebagai petunjuk kemenangan.

Apa ini? Anda mahu meyakinkan ahli, tetapi lupa kepada kami? Ahli anda yang 800 000 tadi diyakinkan biarpun meragukan kami yang berjuta ini?

Biarlah munasabah. Berpijak di bumi yang nyata sedikit. Berikan hujah kukuh. Janganlah hujah tahap sebegini. Anda bayangkan Presiden Iran berkata Iran mampu menewaskan USA berdasarkan jumlah bendera yang dipasang. Anda bayangkan.

Para ahli akan syok sendiri. Tetapi kami yang bukan ahli? Berasa ragu dengan kecerdikan para perwakilan Melayu dalam PAS yang menyediakan alternative tercerdik mereka kepada kami.

Kalian boleh memaki hamba selaku penulis. Tetapi selagi anda berfikir Malaysia itu adalah ahli PAS berjumlah 800 000 orang, maka, kamu hanya bermimpi (secara manusia).

Hamba serahkan kepada para ahli PAS.

Kini anda kembali semula ke dalam kotak anda. Tamatnya tempoh anda berada dalam kotak kami. Terpulanglah kepada anda menyediakan alternative anda kepada kami. Jika ini yang dikekalkan, inilah yang anda taat. Hamba pun akan berdiam diri sebagai meletakkan sesuatu itu pada tempatnya.

Bersama kita rapatkan saf. Sediakan alternative yang terbaik buat Malaysia.

Kami sedang melihat anda. Sediakanlah kami jalan keluar dari cengkaman BN ini tanpa ragu-ragu memperjudikan nasib kami.

Harap maaf.

Wallahualam.


Comments

  1. Assalamualaikum..

    wa hormat sama lu. ada identiti n pendirian tersendiri. lu ni bleh jadi tukang nasihat buat pas. apapun kadang2 kita kena paham, kita boleh beri cadangan kepada pimpinan tetapi ada keterbatasan dan kemampuan yang kita perlu tahu. klu semua pimpinan nak buat semua cadangan rakyat rasanya tak berkemampuan bukan? jadi,mungkin mereka hanya buat mengikut kemampuan dan keutamaan.apa pun wa tetap sokong orang2 mcm lu ni yg mampu memberi kritikan dan cadangan kepada pimpinan.

    ReplyDelete
  2. Salam...terima kasih atas pandangan yang telah diberikan...soalnya dunia anda itu kah yang betul atau dunia yang anda berikan untuk ahli pas itu yang betul ? parameter apakah anda gunakan ? Otak anda ? Perasaan anda ? Apa-apa kitab ? Jika anda mempunyai jawapan salah satu daripadanya, buktikan jawapan itu betul dan siapa yang boleh sahkan jawapan itu betul ? Sejauhmana keesahan & kebolehparcayaan parameter itu ? Siapa pulak orang itu ? Apa kelayakkannya ?

    Justeru sebelum anda mempengaruhi orang lain, anda seharusnya menjawab persoalan saya itu.

    Wassalam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.