Oleh : AdukaTaruna
Adakah imej PAS - PKR - DAP telah bertukar menjadi parti eksklusif atau masih mengekalkan status parti rakyat itu? Masih berstatus parti rakyat atau sudah menjadi parti eksklusif apabila memerintah di peringkat negeri?
Wa membayangkan Barisan Rakyat mengumpulkan jumlah pembaziran oleh BN yang boleh diterjemahkan kepada subsidi rakyat. Sebagai contoh pampasan jambatan bengkok, projek di broga, bail-out zaman kegawatan ekonomi, etc.
Kemudiannya, diadakan satu himpunan raksaksa di Selangor. Adakan pidato, tandatangan dan sebagainya. Kemuncaknya, melepaskan sekumpulan belon hitam demi sekumpulan belon hitam, untuk setiap pembaziran yang diumumkan.
Contoh. Pembaziran RM100 juta demi pembatalan jambatan bengkok. Dan melepaskan sekumpulan belon hitam. Selang seminit, lepaskan lagi selepas mengumumkan satu lagi pembaziran yang telah berlaku.
Relevan? Atau tidak sanggup mencemar status eksklusif yang diperolehi? Atau mahu bergerak menggunakan NGO? Atau sekadar bertekak dengan speaker yang membatalkan usul?
Bersamalah kita menanti status 'rakyat' atau 'eksklusif' hujung minggu ini.
Comments
Post a Comment
Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.