Skip to main content

224 229 Didaftarkan Hadir Menghitamkan KL 12 Julai 2008!

Oleh : AdukaTaruna

224 229 telah disahkan akan menghitamkan bandaraya Kuala Lumpur, salah satu wilayah yang dimenangi Barisan Rakyat. Mengapa hitam? Kerana hitam adalah simbol minyak. Simbol kemurungan. Simbol kekecewaan, simbol kesensaraan.

Mari melihat pecahan kepada 224 229 itu.

1. Penyokong PAS seluruh Malaysia (Peserta BERSIH + yang kempunan hadir BERSIH) - 100 000 orang.

2. Penyokong Keadilan seluruh Malaysia - 50 000 orang.

3. Penyokong DAP seluruh Malaysia - 30 000 orang.

4. Penyokong Hindraf - 30 000 orang.

5. Penyokong BN - 5 000 orang.

6. NGO pro BR seperti ABIM / peguam / etc - 2 000 orang.

7. Rakyat Sabah di Semenanjung (5 000 orang berhimpun di Kota Kinabalu pada hari yang sama) - 100 orang.

8. Rakyat Sarawak di Semenanjung (5 000 orang berhimpun di Kuching pada hari yang sama) - 100 orang.

9. NGO ‘atas pagar’ yang nekad turut serta. Seperti persatuan teksi / pengguna / etc - 2 000 orang.

10. Kakitangan kerajaan / pekerja swasta yang nekad hadir - 2 000 orang.

11. NGO PENSYAHWAT yang dinaungi ADUN Melor - 13 orang.

12. Tentera yang nekad hadir - 12 orang.

13. Polis yang nekad hadir - 4 orang.

14. Pelajar universiti - 3 000 orang.

Jumlah keseluruhan yang hadir adalah 224 229 orang hadir bersama bergandingan menghitamkan Kuala Lumpur pada 12 Julai 2008.

Angka akan mencecah 1 juta sekiranya.

1. Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haron Din menyeru ahli PAS turun ke Kuala Lumpur.

2. Persatuan peguam membuat kenyataan akan membela siapa yang ditahan.

Sekelumit imaginasi.

Sekiranya gelombang 1 juta rakyat itu menjadi asbab kepada Agong bergenetik Melayu melakukan rampasan kuasa, adakah Perdana Menterinya adalah manusia yang berbalas senyuman dengannya semasa pembukaan parlimen tempoh hari?

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...