Skip to main content

Teori Jika Sekali Lagi Karpal Mendahului Barisan Rakyat.

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Sekali lagi wa akan memintas permainan seseorang. Anda licik Karpal? Ya. Licik bagi dunia Melayu. Tetapi standard bagi dunia utama dunia. Tanpa membuang masa, mari wa sampaikan teori ini. Hanya sekadar teori.

Selepas masalah remeh yang diperbesarkan seperti tulisan budak-budak di shout box, dan pelbagai lagi sebelum itu, timbullah satu keanehan. Keanehan ini mustahil dikesan dari pemimpin tertinggi Melayu hingga ke akar umbi Melayu. Keanehannya ialah “Karpal mengganggu PAS berbanding UMNO”.

Dalam isu JAIP, bab sultan dan perundangan, mengapa tidak selantang ini ketika UMNO dalam kes Terengganu dan Perlis? Mengapa tidak meminta Profesor Dr Abdul Aziz Bari atau Hanifah Maidin sendiri yang memperjelaskan mengenai ruang lingkup kuasa sultan? Bukankah itu lebih bijak dalam tajuk keikhlasan?

Bagaimana dengan teori ini.

Sebenarnya, Karpal mahu melemahkan sokongan Melayu kepada PAS. Dengan mengagihkan sokongan Melayu kepada saingannya, UMNO, Karpal membuatkan PAS terlalu bergantung kepada sokongan non Melayu. Sekiranya ini berlaku, apabila Barisan Rakyat memerintah negara, PAS kehilangan kuasa tawar-menawar.

Adalah baik jika keadaan seperti di Perak. Menteri Besar PAS memerintah atas fakta teknikal. Bukan kerana kekuatan Melayu. Jadi, sebarang usaha PAS untuk menarik sokongan Melayu dalam masa 4-5 tahun ini perlulah dihalang.

Sekadar teori.

: )

Selepas itu.

Sekiranya pergantungan PAS kepada undi non Melayu ini berjaya dikekalkan selama yang mungkin, secara manusianya (ALLAH menentu muktamat), PAS bakal dilumpuhkan apabila mula kehilangan sokongan non Melayu pula.

Bagaimana? Dengan terserlahnya Pulau Pinang sebagai model yang jauh lebih baik dari Kelantan (model PAS). Ketika itu, berlakukah penghijrahan beramai-ramai Kelab Non Muslim PAS kepada DAP?

Sila baca ini : http://adukataruna.blogspot.com/2008/05/lu-dengar-sini-rakyat-kelantan.html

Hanya sekadar teori.

: )

Jangan melatah.

Releks bro. Cool. Itu hanyalah sekadar teori. Tidak semestinya benar. Hanya satu pintasan awal. Tidak perlu hasilkan artikel-artikel yang merumitkan keadaan. Hanya lihat apa lagi gerak Karpal selepas ini. Tumpuan perlu dihalakan kepada BN. Yang lain-lain hanyalah halangan selepas halangan.

Wa hanyalah permerhati bebas.

Wallahualam.

Comments

  1. Pemerhati Bebas
    Apa sumbangan anda
    Kalau betul apa yang anda dapat
    Kalau salah anda tal perlu bertanggungjawab
    Kalau orang tanya islamkah anda, adakah anda beragama bebas atau perhati agama orang sahaja..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...