Skip to main content

Teguran Untuk alhusseyn.

Oleh : AdukaTaruna

Rujukan : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10090

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Kefahaman pertama, anda dan hamba dalah 2 generasi yang berbeza. Anda adalah generasi lama. Orang lama. Manakala hamba adalah generasi baru. Orang baru. Sekiranya anda berumur 50an, perspektif, sahsiah diri, etc anda dibentuk oleh budaya, latar dan corak tahun 1960 – 1973 (mengambil kira umur baligh). Dan hamba pula dibentuk dalam tahun 1981 – 1996. Mungkinlah berdasarkan itu, corak analisis kita berdua adalah terlalu berbeza.

Saudara alhusseyn,

Dalam tajuk demokrasi, anda sememangnya berhak menulis apa sahaja. Begitu juga dengan hamba. Jadi, satu sama. Kita tinggalkan tajuk itu. Kita pergi kepada tajuk kedua, yakni penyokong PAS. Walaupun saudara mungkin berdaftar, manakala hamba pula tidak, tetapi, masing-masing telah memberi undi kepada PAS. Dan masing-masing bercita-cita PAS mendapat sokongan majoriti rakyat. Inilah kesamaan antara kita.

PAS di Perak.

Jadi, saudara alhusseyn dan hamba sudah semestinya mahu PAS di Perak mendapat sokongan terbanyak yang termampu. Lebih-lebih lagi daripada bangsa Melayu. Hamba berikan kenyataan ini adalah Sasaran X1. Sasaran X1 ini perlu dicapai dalam 4 tahun sahaja lagi.

Dalam Sasaran X1, dasar semasanya ialah PAS tidak mendapat sokongan Melayu Perak. UMNO 27 dan PAS hanya 6. Itupun dibantu oleh persempadanan semula, di mana, non Melayu membantu kemenangan PAS. Ini dasar semasa. Realiti semasa.

Isu yang merosakkan.

Untuk perjalanan Sasaran X1, tiba-tiba berlaku satu serang hendap. Banyak kerosakan berlaku kepada PAS. Kesnya ialah Pengarah JAIP. Jadi, di sini, hamba menimbulkan persoalan, di manakah terletaknya kebijaksanaan saudara alhusseyn untuk mengawal kerosakan yang berlaku apabila memilih mufti Melayu pula sebagai musuh?

Saudara alhussyen,

Hamba berpandangan, dalam keghairahan saudara untuk mengumpul atau menjadi tonggak perantau Perak, saudara perlu elakkan sifat menyokong yang membawa kepada rebah. Sokongan saudara kepada Menteri Besar yang disertakan sekali, dikepilkan sekali sentiment bermusuh dengan mufti Perak adalah tidak bijak bagi hamba, generasi yang dibentuk dalam tahun 1981 – 1996 ini.

Ianya boleh merosakkan lagi kerosakan yang berlaku. Saudara alhusseyn telah bertindak mengikut apa yang diingini musuh. Yakni, menambah musuh kepada institusi Melayu Perak. Dalam keadaan Sasaran X1, keadaan Melayu Perak tidak menyokong PAS, di mana kebijaksanaan saudara alhussyen untuk menambahkan lagi derita konflik ini?

: )

Sifat membodek, taksub, tidak fleksible adalah berbahaya.

Saudara alhusseyn,

Hamba berpandangan, sifat-sifat taksub, keghairahan menampilkan diri, kemeluluan memberi sokongan tanpa analisis adalah berbahaya. Ianya menyebabkan Menteri Besar Perak yang tiada kena mengena dengan sifat / tindakan saudara alhusseyn turut terpalit. Ini adalah sesuatu yang mengecewakan.

Sepatutnya, dalam Sasaran X1, institusi mufti dan institusi istana adalah perlu dijadikan cabaran. Bukan dijadikan musuh. Sekiranya ini berlaku, ianya membuatkan musuh yang menyerang hendap tadi tersenyum.

Saudara alhusseyn,

Jadi, menurut analisis hamba yang tidak semestinya benar ini, saudara perlu kurangkan keghairahan menjadi tonggok mengumpul database perantau Perak. Sebaliknya atas sifat keikhlasan atau rasa tanggungjawab. Ini kerana keghairahan menjadi tonggak itulah punca saudara memberikan sokongan rebah kepada Menteri Besar Perak. Atau kata lainnya, habis semua dimusuhi semata-mata untuk membela / menarik perhatian Menteri Besar Perak.

: )

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...