Skip to main content

Sekali Lagi TGNA Menunjuk Ajar.

Oleh : AdukaTaruna

Rujukan : http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=331932

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Kesemua pihak perlu belajar dari TGNA. Dari MB Perak hinggalah ke jumud-jumud PAS. Yang tidak cantik perlu dikatakan tidak cantik. Terang, jelas dan berani. Wa sebagai golongan muda memang respek untuk sekian kalinya bagaimana Tuan Guru menyelesaikan masalah. Mungkin Tuan Guru perlu memberi panduan bagaimana cara Tuan Guru mendapat jalan penyelesaiannya. Adakah selepas berkhalwat dengan ALLAH? Atau sebagainya.

MB Perak.

Anda perlu lebih berhati-hati selepas ini. Jangan terpengaruh dengan ilusi dalam himpunan yang anda anjurkan. Himpunan 50 ribu atau 70 ribu itu hanya dikumpulkan dari serata Perak, malah serata Malaysia. Dan 50 ribu atau 70 ribu itu tenggelam sebaik sahaja mereka kembali ke tempat masing-masing. Menjadi hanya beberapa ribu berbanding penyokong UMNO di tempat mereka.

Yang kedua, anda perlu berani memohon maaf sekiranya melakukan kesalahan. TGNA sudah menunjukkannya. Beliau pernah meminta maaf kepada Tun Dr Mahathir, banyak kali menyatakan sokongan kepada setiap perkara yang baik dilakukan musuhnya. Tidak jumud. Sifat inilah yang meruntun hati setiap anak muda, non muslim, atas pagar, musuh dan sebagainya. Mungkin inilah factor X itu. Dan apabila UMNO mengishtihar pengganti TGNA sebagai MB Kelantan, gugurnya air mata orang tua ini ketika munajat, maka, seluruh rakyat Kelantan, tidak kira UMNO atau pengundi hantu, bangkit menentang UMNO PRU12 yang lepas.

Jumud-jumud PAS.

Wa tidak pasti module tarbiyah anda. Tidak mampu keluar dari kotak hijau. Hanya memandang Malaysia itu dipenuhi oleh 1 juta ahli PAS berbanding puluhan juta yang bukan ahli PAS. Puluhan juta yang memerhati dengan sumber konvensional yang ada. Jika seluruh rakyat Malaysia berjumlah 1 juta ahli PAS tidak mengapalah.

Atas dasar jumud inilah, salah satu sebabnya yang tawar hati kepada perjuangan UMNO masih teragak-agak bersama PAS.

(Jumud inilah yang menggerak PAS)

Ya. Memang tidak dinafikan. Tetapi sampai bila mahu berada ditakuk itu? Kita harus menunjukkan peningkatan dari segala segi. Persaingan di medan terbuka.

(PAS bukan parti baru. Sebenarnya PAS lahir dari CAP tangan, ke bulan bintang sampai ke bulan penuh)

Memang benar. Dengan hujah inilah juga membuktikan tidak mustahil PAS kembali menjadi beberapa parti. CAP tangan ada, bulan bintang ada, HAMIM ada, BERJASA ada. Jangan jumud berfikiran sehala.

( jadi kalau orang islam tak perlu berteori teori lagi sebab segalanya dah termaktub dalam quran dan sunnah seperti sabda nabi yang maksudnya "aku tinggalkan kamu 2 perkara, kamu tidak akan sesat selama lamanya selagi kamu berpegang kepadanya ,iaitu quran dan sunnah pengajaranku")

Jadi batalkan sahaja muzakarah, perbahasan di parlimen tidak perlu, ramalan kaji cuaca haram, plan-plan peperangan juga tidak perlu, target-target pencapaian dalam perniagaan / sukan adalah salah, target Hussam mahu menang sekian kerusi parlimen juga adalah berdosa. Kerana semuanya sudah termaktub. Sebahagian module tarbiyah PAS?

: )

Bagaimana sekiranya TGNA menemui ALLAH.

Wa masih tidak dapat gambaran tokoh yang genius, berfaktor X, yang mampu menunjukkan jalan keluar dari permasalahan semasa. Memberi contoh, memberi semangat, memberi rujukan selepas TGNA menemui ALLAH. Mungkinkah Dr Haron Din?

Kepada anak-anak abah yang mungkin tidak sempat melihat TGNA dan zamannya, tulisan ini adalah salah satu “rakaman” Tuan Guru di pentas politik tanah air.

Abah hanyalah pemerhati bebas.

; )

Wallahualam.

p/s : Pemimpin PAS lain, jangan naik 'syeikh' plak. Jangan melebihi kesederhanaan teguran TGNA kepada Karpal. Senang2 dok dediam la...

Comments

  1. ( jadi kalau orang islam tak perlu berteori teori lagi sebab segalanya dah termaktub dalam quran dan sunnah seperti sabda nabi yang maksudnya "aku tinggalkan kamu 2 perkara, kamu tidak akan sesat selama lamanya selagi kamu berpegang kepadanya ,iaitu quran dan sunnah pengajaranku")

    Jadi batalkan sahaja muzakarah, perbahasan di parlimen tidak perlu, ramalan kaji cuaca haram, plan-plan peperangan juga tidak perlu, target-target pencapaian dalam perniagaan / sukan adalah salah, target Hussam mahu menang sekian kerusi parlimen juga adalah berdosa. Kerana semuanya sudah termaktub. Sebahagian module tarbiyah PAS?

    Petikan artikel (sy percaya artikel tu dr saudara forumers TKO) ada benarnya dan ada kesilapan dalam penafsiran saudara Aduka. muzakarah, parlimen, target sukan dan perniagaan semua adalah ciri2 dan ajaran dr sunnah rasulullah. saudara kena berfikiran terbuka dalam menerima komen orang lain. Jgn cuma melihat dari sisi fokus artikel saudara sahaja.

    Anda berkata lagi:
    Jumud-jumud PAS. Wa tidak pasti module tarbiyah anda. Tidak mampu keluar dari kotak hijau. Hanya memandang Malaysia itu dipenuhi oleh 1 juta ahli PAS berbanding puluhan juta yang bukan ahli PAS. Puluhan juta yang memerhati dengan sumber konvensional yang ada.

    Anda menghentam kejumudan pas berdasarkan tarbiyyah pas yg anda yakin menyebabkan mereka berfikiran jumud. Sy nak tanya anda, anda tahu apa dia module dakwa dan tarbiyyah PAS? jika ada yg 'jumud' ianya tidak kerana proses tarbiyyah kerana proses tarbiyyah adalah berdasarkan al-quran dan al hadith. kemungkinan yg kurang bg para pendokong PAS ini adalah dari bab strategi kerana yg saudara sasarkan sebagai jumud ini adalah ahli2 bukan barisan pimpinan. mungkin kefahaman politik mereka tidak sekuat barisan pimpinan tetapi saya harap saudara sekali2 tidak memperlekehkn module tarbiyyah PAS itu sendiri kerana sy yakin module tarbiyyah mana2 pun jemaah politik atau jemaah non political semuanya adalah berpaksikan Quran dan hadith.

    Wallahu'alam

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...