Skip to main content

Rekaan : Surat Ronaldo Kepada Mukhriz.

Oleh : AdukaTaruna

Kehadapan kekandaku Mukhriz .

Apa khabar kekanda di sana? Harap kekanda sentiasa dalam sihat sejahtera. Tujuan adinda menulis surat ini adalah untuk memaklumkan bahawa adinda baru menjaringkan gol pertama untuk Manchester United. Macam biasalah kekanda, kebanyakan kemenangan kami melalui penalty. Adinda sempat menulis sebentar di tepi padang sebaik sahaja menjaringkan gol. Hehehe.

Kekanda,

Adinda akan menghadapi satu lagi piala. Piala liga-liga. Doakan adinda ya. Oh, ya. Adinda sudah mempunyai jalan terbaik bagaimana meningkatkan rakning bola sepak negara kekanda. Turunkan Khairy Jamaluddin. Untuk itu kekanda perlu menang Ketua Pemuda Malaysia dahulu. Bila Khairy turun, kekanda gantilah. Kalau masih tidak naik, kekanda pulak turun. Hehehe. Adinda melawak jer.

Kekanda,

Orang dah sedia maklum meluat dengan Khairy. Bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi sesama kami sendiri. Kekanda bayangkanlah, semasa training, siapa yang datang lewat kena denda dengan Sir Alex. Dia menyuruh kami berdiri di tepi padang dengan gaya Khairy berdiri di parlimen Malaysia. Dengan cekak pinggangnya, dengan kaki sebelah sedikit bengkoknya, cuba kekanda bayangkan. Tak sanggup kami. Sebelum subuh kami dah sampai untuk berlatih.

Kekanda,

Hari tu adinda lihat ramai pihak buat demonstrasi di parlimen. Sudah tidak dibelasah. OKU ada, protes harga barang pun ada. Adinda mencadangkan kekanda aturkan satu demonstrasi. Demonstrasi “Hari Menantu.” Pilih pada tarikh perkahwinan itu. Hehehe. Dulukan ada demonstrasi bantal tidur di Putrajaya. Apa salahnya.

Ok lah kekanda. Pengadil dah jelling-jeling tu. Adinda nak sambung main. Main sambil jatuh-jatuhkan badan. Mana tau dapat penalty lagi. Jumpa lagi ya. Semoga kekanda berjaya menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Awww.. eh silap. Byeee..



Adindamu,


........................

(Christiano Ronaldo)

Comments

  1. Cisss...sempat kutuk Man.Utd tu..
    kelakaw la lu bro..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.