Skip to main content

Lu Dengar Sini Rakyat Kelantan!

Oleh : AdukaTaruna.

Rujukan 1 : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9497

Rujukan 2 : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9650

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Ini adalah peringkat terakhir strategi wa. Kemuncak yang perlu difikirkan oleh semua pihak, termasuk wa sendiri. Dan jika dikhususkan mengikut keutamaan ialah para pemimpin PAS Kelantan dan rakyat Kelantan sendiri. Selepas ini, jika keadaan masih sama, wa pun tak tau nak buat cane lagi. Pandai-pandailah lu orang sampaikan / bahaskan pada setiap rakyat Kelantan.

Dalam dedahan peringkat demi peringkat ini, banyak yang kita boleh pelajari. Kita dapat melihat kualiti mereka yang mengakui ahli PAS berdaftar yang menghadiri tarbiah itu dalam menghadapi kenyataan yang membengkokkan batang hidung sendiri. Sukar mengakui kesalahan dan kelemahan sendiri. Menuding kepada 9 pintu besar yang ditutup musuh dan tidak mahu berusaha menggunakan 1 pintu kecil yang ada.

Baca ini dengan perlahan dan teliti tanpa tergesa-gesa memberi komen ala pengikut PAS yang mendakwa dirinya berdaftar / ditarbiyah.

Dahulu, Kelantan dijadikan model oleh setiap idealogi termasuk UMNO sendiri. Bagaimana survive dalam pemulauan, bagaimana telus dan amanah, dan sebagainya. Dahululah.

Kini Kelantan memiliki persaingan. Ketepikan dahulu 3 negeri lain, tetapi wa nak bawa lu orang persaingan Pulau Pinang. Dahulu Pulau Pinang tidak layak dijadikan rujukan. Walaupun kaya, masih kotor dalam segala aspek. Baik pengurusan kerajaan mahupun alam sekitar. Jurang antara kaya dan miskin yang melebar. Kehinaan dan kepapaan Melayu yang mengaibkan. Sekali lagi, itu dahululah.

Pulau Pinang semakin menyaingi Kelantan. Dan berpotensi meninggalkan jauh Kelantan sebagai model. Apa masalahnya? Sabar. Keupayaan genetic Melayu berfikir adalah rendah. Baca dahulu. Baiklah. Begini.

Pulau Pinang VS Kelantan.

Jika sebelum ini Kelantan dipulau persekutuan, kini Pulau Pinang juga.

Jika sebelum ini Kelantan memiliki MB berserdehana, kini Pulau Pinang juga.

Jika sebelum ini Kelantan kotor, dahulupun Pulau Pinang kotor.

Secara profesionalnya, persaingan Pulau Pinang terhadap Kelantan adalah baik dan perlu dibanggakan. Tetapi secara muslim yang berharap tertegaknya model Negara Islam diperingkat negeri, sebelum diaplikasikan di peringkat negara, wa teramat-amat risau. Itu lah maksud ayat wa dalam rujukan 1 : “Hamba mula mencari alasan logic terhadapnya.”

Wa bimbang, model Kelantan melalui idealogi Islam ini ditenggelamkan oleh Pulau Pinang yang beridealogi selain Islam. Jika Kelantan telus, Pulau Pinang pun telus. Jika Kelantan pemimpinnya tidak bermewah-mewah, Pulau Pinang turut sama. Mana-mana pemimpin mereka yang memohon tanah akan dikenakan tindakan, pembatalan pembelian kereta rasmi, Lim Guan eng yang duduk di rumah sendiri, jika TGNA berkain pelikat, berbaju pagoda, Lim Guan Eng berseluar katok.

Semua ini semakin menyamai Kelantan. Tetapi, dengan kekayaan Pulau Pinang, kebijaksanaan ekonomi kaum Cina, wa bimbang, melalui aspek kebersihanlah Kelantan akan semakin hilang status model rujukan. Kekayaan Pulau Pinang dapat menampung operasi pembersihan alam sekitar. Manakala Kelantan tidak mampu. Jika alasannya dinafikan hak, maka, Pulau Pinang turut dinafikan hak.

Apa akan terjadi?

Ini adalah ikhtiar manusia semata. Perancangan ALLAH itu tetap ada. Dan kita bercakap atas dasar ikhtiar manusia. Sokongan yang hebat dari non muslim kepada PAS kerana mereka melihat PAS lah satu-satunya organisasi yang terbukti memberi keadilan sejagat. Ketika itu belum ada alternative kedua yang terbukti.

Tetapi, bagaimana sekiranya DAP membuktikan mereka juga mampu memberikan keadilan sejagat? Jurang antara kaya dengan miskin yang semakin mengecil, nasib Melayu semakin terbela, perbelanjaan yang berhemah, penghasilan rakyat berminda kelas pertama, kebersihan dan kemajuan yang menghampiri Singapura (dalam bab kebersihan dan kemajuan).

Apabila ini berlaku, bermakna non muslim kini mempunyai 2 pilihan. Jadi, bagaimana peluang PAS membuktikan Islam satu-satunya wadah terbaik terhadap kehidupan manusia? Kita bercakap soal ikhtiar manusia, soal tektikal manusia. Sediakan kuda-kuda kamu.

Mari wa membayangkan satu situasi yang menakutkan ini.

Suatu hari nanti, dari bidang perlancongan, Pulau Pinang mendahului Kelantan. Mengalir kekayaan dalam negara dan luar negara untuk rakyat Pulau Pinang. Manakala Kelantan masih kekal begitu. Produk perlancongan kelas ketiga. Bersepah, berlendir dan berlumut.

Dari segi attitude, rakyat Pulau Pinang semakin menghampiri negara maju. Membuang sampah dikenakan denda khidmat social, menjadi pengguna yang mengitar semula, vandalism yang kurang, sungai-sungai yang cantik, perancangan bandar yang tersusun dan sebagainya. Sedangkan Kelantan masih kekal begitu. Sampah dibuang dilongkang dan di tali air, vandalism yang tinggi, dan sebagainya. Kesemua ini berlaku dan terus berlaku dalam keadaan Kelantan aktif dengan kuliah dan tazkirah agama.

Berlakukah 2 situasi di atas? Sekiranya peratus ianya berlaku adalah tinggi, bagaimanakah keadaan non muslim yang kini memiliki satu model yang lebih baik mengikut tafsiran pengetahuan mereka?

Okeh. Sekarang lu orang boleh komen.

Kini lu orang boleh komen. Komen ala maki yang tidak ada kaitan dengan isi pun tidak mengapa. Sengaja wa umpan. Perhatikan tanda * di tulisan wa. Hanya golongan terbabit yang akan memakannya. Dengan terserlahnya attitude ahli PAS berdaftar dan bertarbiyah itu*, maka semakin mudahlah penyampaian wa. Mereka seumpama menjadi alat bantuan mengajar wa. : )

Buat pemimpin Kelantan, lu orang jangan buat-buat pekak badak plak. Bagi wa perkara ni serius. Kelansungan Kelantan sebagai model bergantung kepada lu orang, dan rakyat Kelantan. TGNA sudah dihujung usia. Cabaran untuk lu orang, untuk memastikan rakyat menyokong Islam, bukan TGNA atau PAS itu sendiri. PAS hanya organisasi terbaik buat masa ini dalam memperjuangkan Islam.

Jadi, tamatlah sudah peringkat wa. Sama ada relevan atau tidak kerisauan wa, terpulanglah kepada lu orang. Hak wa berfikir dan menulis. Hak lu orang menerima atau menapis. Semol meter. Berjumpa lagi dalam kerisauan yang lain.

(Beberapa isi perkara ini mungkin terbatal sekiranya BN tumbang, di mana berakhirnya pemulauan Kelantan dan Pulau Pinang)

Tidak semestinya benar.

Wallahualam.

Comments

  1. anda berfikiran jauh.

    terima kasih atas maklumat itu.

    tapi, mengapa tidak mengetengah kan johor sebagai negeri yang telah lama maju meninggalkan pulau pinang dan kelantan. hanya kerana johor dibawah umno?

    sekian terima kasihda

    ReplyDelete
  2. saya amat setuju dengan pandangan saudara. saya rakyat kelantan yang sememangnya pada bila-bila masa sangat rimas dengan keadaan kebersihan di negeri ini. terus terang saya katakan rakyat kelantan memang kurang kesedaran sivic. agama islam, negeri islam, bangsa melayu islam tetapi berperangai macam pagan! pernah di suatu masa saya memandu mengekori sebuah kereta, tiba-tiba kulit rambutan beterbangan dari tingkap kereta yang di hadapan menghentam cermin depan kereta saya. kalau tak sabar rasa nak hentam jer kereta depan tu. tapi ingatkan akan gaduh dan kereta akan rosak, saya sabar jerlah. cuba bayangkan perkara yang terjadi terhadap penunggang motosikal. tentu dah tergolek. sampah akan bertaburan di atas jalan. itulah gambaran sikap penduduk kelantan. sikap majlis tempatan bagaimana pula? dekat rumah saya ada satu tong sampah. penduduk membuang sampah bukan di dalam tong, tetapi pakai campak jer. kalau masuk, masuklah. kalau tak masuk bertaburanlah di luar tong tadi. pihak majlis bandaran pula kekadang tu, 4 atau 5 hari baru datang ambil sampah. bayangkanlah busuknya!!

    ReplyDelete
  3. ADUKA...

    aku bagu WARNING kat kau....

    Sila gunakan background colour lain... sakit mata la ngok... tulisan putih, blkg itam, boleh rabun aku...

    Best la otak kau... laju tahap cipan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...