Skip to main content

Kepada Karpal Dan Penyokongnya.

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Salam sejahtera kepada saudara Karpal. Semoga sihat dan bahagia bersama keluarga dan para penyokong tersayang.

: )

Saya hairan mengapa saudara Karpal sanggup memberikan kelebihan kepada BN, UMNO Pusat terutamanya di waktu-waktu begini? Yang mana satu focus saudara Karpal terhadap pembebasan negara kita ini? BN atau PAS? Berapa banyak duit negara yang PAS telah gelapkan? Berapa ramai non muslim yang PAS telah hilangkan?

: )

Saudara Karpal,

Saya berpandangan, persepsi saudara Karpal kepada PAS perlu ditangguhkan. Selesaikan satu persatu. Bebaskan hak-hak rakyat Malaysia dahulu dari UMNO pusat. Sekiranya Barisan Rakyat mengambil alih negara, PAS masih belum boleh menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam. Di mana asas kebimbangan saudara? Adakah saudara Karpal bimbang 70 lebih kerusi UMNO itu akan menyeberangi PAS? Cukupkah bagi maksud membentuk Negara Islam?

: )

Saudara Karpal,

Antara persepsi dan fakta, saudara perlu meletakkan fakta di atas sekali. Dalam keadaan sabotaj, provoke, oleh musuh-musuh Islam, selama 18 tahun, adakah kerajaan Islam Kelantan bersifat zalim kepada non muslim? Sekiranya ya, bagaimana boleh tertubuhnya Kelab Non Muslim PAS di serata Malaysia? Sekali lagi saya hairan, apakah asas saudara Karpal yang banyak berjasa untuk Malaysia ini, untuk bimbang terhadap satu lagi golongan yang juga banyak berjasa kepada negara.

: )

Saudara Karpal,

Apa yang saudara perjuangkan adalah selari dengan Islam. Ketelusan, kejujuran, kebersihan, kebajikan dan sebagainya. Yang mungkin saudara Karpal tidak setuju ialah undang-undang jenayah Islamnya.

Saya berpendapat, seperti mana PAS tidak mencampuri urusan agama lain, sebaliknya sentiasa menghulurkan bantuan, saudara Karpal juga tidak harus mencampuri urusan agama kami, yakni Islam. Undang-undang jenayah Islam hanya untuk orang Islam. Itu ayat mudahnya.

Sekiranya Karpal masih sangsi, pengambilan Barisan Rakyat akan pemerintahan Malaysia tidak mencukupi untuk PAS membentuk Negara Islam. Dan berilah peluang dan keselesaan untuk PAS membuktikannya di Kelantan, untuk tajuk undang-undang jenayah Islam. Bidang kuasa kerajaan negeri yang diberi kerjasama oleh sistem penguatkuasaan dari bidang kuasa kerajaan pusat. Bagaimana?

: )

Saudara Karpal dan para penyokong.

Saya berpendapat, kita perlu tumpukan perhatian kepada halangan pertama. Yakni, bebaskan kekayaan negara, hak negara dari cengkaman UMNO pusat. Dan untuk tujuan itu, kita seharusnya mengelakkan dari memberi peluru kepada mereka. Selagi mereka tidak dirobohkan, selagi itulah, rakyat Malaysia termasuk UMNO bukan pusat, BN, Sabah dan Sarawak akan terus dianak tirikan.

Model PAS tidak pernah menganiaya non muslim. Tidak berlaku 13 Mei di Kelantan, tidak berlaku Kampung Medan di Kelantan, tidak berlaku rusuhan masjid-kuil seperti Penang di Kelantan, tidak berlaku rusuhan Pasir Gudang / Masai di Kelantan, tidak berlaku peristiwa Memali di Kelantan. Tidak berlaku sedikitpun penganiyaan secara terancang oleh kerajaan Islam model PAS.

Sekiranya saudara Karpal dan penyokong masih juga sangsi, jangan bimbang, PAS masih belum membentuk Negara Islam di bawah Barisan Rakyat. Tetapi berikan peluang atas kebenaran perlembagaan, kepada Kelantan, untuk mentadbir bumi ALLAH secara Islam.

: )

Be a muslim, not a Malay. Islam is universal.

Wallahualam.

http://adukataruna.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...