Skip to main content

Jentik Telinga Khairy Sket, Bro Him!

Oleh : AdukaTaruna

Bro Ibrahim Ali. Apa kata bro kasi 'dera' mental Khairy skit. Budak tak matang tu mencemarkan dewan negara jer bagi wa. Siyes bro. Jom kita pergi ke zaman wa masa bebudak dulu.

Masa bebudak dulu, sekolah rendah, kalau perlawanan sukan antara sekolah-sekolah, para penyokong mesti kutuk mengutuk kan. Stendet la bro. Tapi, ada kesamaan tahap Khairy tu dalam kutuk mengutuk. Tak sangka dalam dewan tertinggi, dia boleh sama taraf dengan wa masa bebudak dulu.

Dulu wa Sekolah Kebangsaan Ampangan. Singkatan dia SKA. Kalau lawan King Georg V singkatan dia KGV. Kami pun kutuk la sekolah Kambing Gurun Vietnam. Diorang pulak kutuk kami Sekolah Kaki Ayam (SKA). Masa zaman bebudak la.

La ni, di peringkat dewan tertinggi Malaysia, ketika negara diasak dengan pelbagai isu kepentingan sejagat, dak Keri ni leh bawa perwatakan wa masa sekolah rendah. PKR = Projek Khinzir Resaksa. Mental dia masih budak lagi tu bro. Siyes. Wa dah study blog pro dia dah. Dikelilingi oleh penyokong rempit / bebudak 'mental'.

Dalam hal ini, tak layan tak boleh. Kalau layan, kita pulak jadi budak-budak. Takkan nak suruh Haji Hadi layan pula. Tak sesuai. Kerja berpasukan ni macam bola sepak la. Perwatakan gol keeper tak boleh disuruh jadi penyerang.

Dalam hal ni, wa berpendapat bro sesuai. Kasi dera sket mental dak Keri ni. Kalau Mat Sabu ada, dia pun memang layak. Dera cara sinis la bro. Jangan cara bebudak pula. Contohnya macam Azmin Ali hari tu. Pasal "ketuanan menantu". Ha.. dera yang boleh membuatkan MP BN sendiri, terutama Sabah / Sarawak turut serta sinis. Mungkin bro atau lain-lain boleh sepakat memanggil MP Rembau dengan panggilan 'menantu'. Muahahahaha.

"Err... Yang Berhormat Menantu. Saya nak kemukakan soalan...."

"Saya ingin mengulas mengenai apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menantu tadi..."

"Janganlah begitu Yang Berhormat Menantu...."

Rasa-rasa dalam setahun nama dia bertukar kepada menantu dalam dewan tu, mahu gila dibuatnya. He...

Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.