Skip to main content

Dari hati ke hati : Luahan Kepada Ibrahim Ali.

Oleh : AdukaTaruna

Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_14.htm

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum, bro.

Pertamanya tahniah kerana berada di parlimen untuk rakyat. Keduanya perlu dinyatakan wa hanya berpandukan sumber Utusan Malaysia dalam hal ini. Wa rasa benda ni penting. Dan wa tetap akan luahkan benda ni.

Wa akui, kelayakan wa untuk membicarakan hal ini adalah amat jauh. Kalau berdasarkan kelayakan ahli PAS, wa bukan ahli. Kalau berdasarkan pengundi Pasir Mas, wa bukan pengundinya. Cuma wa adalah pemerhati. Pemerhati yang condong ke arah PAS. Dan demi PASlah, atas kaca minda wa ni, wa luahkan hati wa.

Baiklah bro. Begini. Wa terus-terang je la dengan bro. Wa rasa ralat sekiranya bro menyertai PAS. Bro jangan marah dulu. Ini pandangan peribadi wa jer la.

Pandangan peribadi.

Pada wa la bro, bro tidak sesuai menjadi wakil rakyat PAS. Sebab pada wa, bro tidak mencukupi pakej-pakej tertentu. Perwatakan bro lebih sesuai berada dalam dunia bebas. Kasar, berani, bebas dan sedikit melulu. (bukanlah maksud wa ahli PAS tidak boleh berani atau sebagainya)

Kalau bro wakili PAS, wa tidak yakin bro dapat mematuhi satu etika yang dinamakan wala. Perkara ini akan mengundang kerosakan pada PAS. Wa adalah antara penulis yang lantang mengkritik pemimpin PAS, tetapi semuanya atas tajuk tektikal / strategi.

Sekiranya bro menyertai PAS, sejujurnya, wa meramalkan bro lah antara orang yang terpaksa wa kritik dan kritik dan kritik atas tajuk agama dan atas tajuk tektikal. Sebab wala itu memainkan peranan yang agak besar dalam organisasi PAS. Wa tidak dapat membayangkan kenyataan bro sebagai ahli PAS / public figure PAS, bercanggah dengan kenyataan pemimpin lain ketika musim PRU.

Bro,

Wa mohon maaf. Tapi wa yakin bro miliki jiwa yang tebal. Tiada feeling-feeling kecik hati. Wa terus terang dari hati ke hati. Perwatakan bro lebih sesuai sebagai ahli bebas. Bantuan bukan masalahnya. Selagi bro di kem bukan BN, selagi itulah bro dinafikan. Lainlah kalo bro memilih UMNO semula.

Situasi kini.

Wa tahu, maybe bro atau pihak-pihak tertentu dilemma dengan status bro. Tiket PAS, tapi bebas. Bagi wa lah bro, ianya tiada masalah. Jika bro dapat buktikan sepanjang 4-5 tahun ini, apatah lagi dengan adanya siaran langsung, sebagai ahli bebas yang sangat berguna kepada rakyat Pasir Mas, wa yakin, bro mampu bersaing dengan baik antara UMNO dan PAS di PRU13.

Bro tidak perlu masuk mana-mana parti. Walaupun di PRU13 bro tidak lagi memegang tiket PAS, tetapi dengan prestasi yang baik, sekiranya bro menang, bro tiada masalah untuk bekerjasama dengan sesiapa jua. Bro ada jambatan UMNO dan jambatan PAS.

Dan, harap bro tidak kecil hati sekiranya tidak lagi memegang tiket PAS, di PRU13, sebaliknya terus bersaing secara sihat dengan semangat demokrasi tulen, demi rakyat Pasir Mas. Insyaallah.

Sekiranya bro sertai PAS.

Tahniah bagi wa. Itu hak peribadi bro. Cuma, wa ada sedikit ralat. Mungkin bro berjaya buktikan wa silap. Mudah-mudahannya begitu. Insyaalah.

Akan tetapi, perlu diingatkan, apabila bro menyertai PAS, ianya tidak menjamin tiket MP PAS atau ADUN PAS di mana-mana tempat. Bro kena bermula dari bawah. Bersaing bersama permata-permata yang sedia ada. Sekiranya bro gagal bersaing, harap bro tidak ishtihar keluar parti atau memijak wala dengan bertembung sesama sendiri, perlawanan sesama sendiri. Wa tidak sanggup membayangkan malapetaka itu. Sejarah itu akan tercatit untuk dibaca oleh orang masa depan.

Penutup.

Mungkin bro kata wa merapu. Tetapi inilah wa bro. Merapu melewati beberapa fasa masa di hadapan. Wa tetap akan luahkan. Harap bro faham walau bro tidak setuju. Wa hanyalah pemerhati bebas yang berfikir melewati fasa masa, di mana hatinya condong ke arah PAS, setakat ini. Kemungkinannya tetap ada.

Untuk itu, sekali lagi, dari hati ke hati, wa harap bro kekal sebagai ahli bebas, tunjukkan prestasi hebat, kepada para pengundi Pasir Mas. Dan sekiranya bro tidak lagi memegang tiket PAS di PRU13, bro bertanding atas tiket bebas, dan menang, bro tetap sebahagian dari kerajaan. Wa tetap berbangga dengan bro.

Sekiranya bro kalah, bro tetap sahabat kami. Jasa bro ketika memegang tiket PAS tetap tidak dilupakan. Suara bro tetap berguna kepada rakyat.

Bro adalah bro. Pada wa bro lebih sesuai menjadi ahli bebas. Membina jambatan kesemua pihak, dan juga membina kegerunan kepada pihak yang sama.

Sekian dari wa, bro. Harap maaf. Wa terpaksa menyatakan ini, walau kelayakan itu amat jauh.

Wallahualam.

AdukaTaruna

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...