Skip to main content

Mencungkil Keladak Di Hadapan Penapis.

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Bacaan rumit.

Ada sebuah tong air yang mula mendapat perhatian makhluk. Tong ini dahulu tidak diendahkan. Makhluk di situ lebih suka menggunakan tong air yang popular itu. Tong air tu sangat cantik badannya. Dihiasi dengan pelbagai corak. Ayat-ayat Al-Quran ada, artis-artis terkini pun ada.

Kini tong itu sudah mula disedari sebahagian makhluk sebagai beracun. Sudah 50 tahun mereka menggunakan air beracun itu. Kesan terhadap mereka sangat menakutkan. Racun sudah mengalir dalam darah, keturunan mereka. Keadaan rosak binasa. Lalu mereka mula beralih kepada tong yang satu lagi.

Peralihan kepada tong yang satu lagi bukan kerana kesedaran betapa airnya tidak beracun, tetapi kerana tiada alternative lain. Tong itu tidak cantik coraknya. Hanya hiasan ayat-ayat Al-Quran. Itupun berdebu.

Sebaik sahaja makhluk itu menghampiri tong itu, mereka akan meninjau airnya. Kerana 50 tahun mereka menggunakan air tong asal, kini mereka trauma. Teragak-agak terhadap air tong yang satu lagi itu. Apatah lagi tong itu adalah agak asing pada mereka.

Apabila mereka menjengok ke dalam tong, sudah pasti mereka akan mengesan mana yang boleh mendatangkan kecurigaan. Walaupun air tong itu lebih jernih, lebih tiada rasa, tetapi minda mereka kesampingkan proses itu dahulu. Yang mereka cari ialah keladak-keladak kecik atau habuk-habuk kecil yang sedia ada.

Bacaan mudah.

“Heran wa. Lu selamba jer tulis camtu. Memang kena maki la. Wakakakaka.”

“Hehehe. Memang sajer wa tulis camtu bro. Mau cungkil keladak ma.”

“Keladak?”

“Hahahaha. Susah mo bagi tau. Rumit tuh. Biarkan ajer wa main permainan wa. Muslim ni nabi kate buih yang mengikut arus. So, wa try la jadi arus, kasi halakan buih-buih ni ke tempat yang wa nak.”

“Hah?”

“Wakakaka. Apsal lu buat muka pelik. Hihi.”

“Blur wa dengan lu nih.”

“Hahaha. Lu tahukan kat TKO tu dipenuhi oleh ahli PAS. Ramai yang berkualiti dalam tu. Pimpinan pon ader. Diorang tu macam penapis la. Atau pelaksana program penapisan. So, wa kasi cungkillah keladak-keladak tu depan diorang.”

Garu kepala.

“Bila diorang tengok, situasi, jenis keladak dan sebagainya yang timbul, pepandai la diorang fikir jenis atau proses tapisan yang sesuai. Hehe…”

Blur.

“Wa cungkil idop-idop depan masyarakat terbuka. So, mereka melihat bagaimana keterbukaan kelompok bukan UMNO. Kena maki? Semol meter jer tuh. Hihi. Melayu ni bodoh. Kita boleh halakan minda mereka tu ikut suka kita. Hanya permainkan sentiment mereka jer.”

“Ah? “

Garu kepala…..

Comments

  1. lu punya kepala otak sama dengan wa, hahaha! suka menyakat. tapi menyakat untuk orang perfikir. tahniah!

    kan baru tahu sape yang sebenarnya mereka!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.