Skip to main content

alhusseyn : Biadapnya Wa, Bangangnya Melayu.

Oleh : AdukaTaruna

Rujukan : http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9763

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Definasi biadap dan juga bangang adalah berbeza mengikut genetic.

:)

Genetik Melayu terkenal dengan lemah gemalai, penakut, longlai. Sekiranya musim haji, genetic Melayu bermasalah berasak-asak dengan ‘kebiadapan’ genetic Eropah, Parsi ataupun Afrika.

Mari kita melihat daya menganalisis genetic Melayu. Kita letakkan MB Perak di sisi dahulu. Kita ambil MB Terengganu. Bagaimana definasi genetic Melayu sekiranya wa mengemukakan cadangan yang tidak semestinya benar itu kepada MB Terengganu? Yakni cadangan memohon maaf.

:)

Tidak timbul isu biadap di situ. Inilah namanya double standard. Inilah ertinya jumud dan taksub.

Pemimpin adalah hamba rakyat, bukan tuhan atau dewataraya.

Kita yang memilih Paklah sebagai Perdana Menteri, maka, kita berhak memberi cadangan supaya Paklah memohon maaf. Sekiranya cadangan itu salah sama sekali, ianya bukan termasuk dalam erti biadap, tetapi dalam erti cadangan yang salah. Begitu jugalah MB Perak. Beliau adalah hamba rakyat. Walaupun wa bukan rakyat Perak, tetapi inilah mesej yang perlu difahami golongan muda. Jangan taksub. Dia adalah hamba kita. Mesej ini hanya bermasalah kepada sebahagian besar golongan tua.

Di sudut yang lain.

Di sudut yang lain, tahniah kerana mengritik wa. Inilah sebenarnya fungsi keterbukaan berhujah. Dalam pemilihan Melayu lu akan definasi biadap itu, terkandung banyak hujah yang sangat cantik. Kini, buat para pembaca yang membaca kedua-dua pihak, terpulang anda memilih mana yang dirasakan betul.

:)

Adapun, wa mengambil keputusan menjawab kritikan lu, saudara alhusseyn, melalui blog wa. Tidak menghantarnya sebagai artikel di TKO kerana beberapa factor :

1. Dibimbangi TKO menjadi medan peribadi kita pula. Sedangkan ruang terhad TKO diperlukan untuk perkara yang lebih penting.

2. Dulu wa takder blog. Skang ni baru terkial-kial belajar buat blog. So, manfaatkan blog wa la. Dulu pinjam forum TKO sekiranya memerlukan medan yang cepat. Benda-benda basic seperti ini, wa tulis di blog jer la.

Terima kasih.

Terima kasih kepada saudara alhusseyn. Teruskan mengimbangi wa dan sesiapa sahaja yang lu rasa perlu. Dan wa tetap menghalakan keybord wa kepada sesiapa yang wa suka. Wa adalah pemerhati bebas.

;)

Assalamualaikum.

Wallahualam.

Comments

  1. kenapalah manusia melayu ni macam ni. takkan saudara menegur dan sekadar memberi cadangan pun dah kena balun. mereka kata orang lain taksub dan jumud. tengok tuduhan tu pulang kepada yang menuduh. entahlah, harapkan UMNO, UMNO sombong dan memperhambakan rakyat. bagi ku PAS adalah baik dari segi perlembagaannya.tetapi orang-orang PAS terlalu jumud dan kepuakan, harapkan PKR, PKR di awang-awangan. jadi kemana harus ku arahkan perjuangan.

    boleh saudara bagi sedikit komen?

    ReplyDelete
  2. Tidak ada yang maksum, bro. PAS dan UMNO ni umpama 2 produk buruk yang mahu tidak mahu, kita perlu pilih.

    So, PAS kurang buruknya berbanding UMNO. Organisasi terbaik setakat ini ialah PAS. Tetapi ada jangka hayatnya. Kerajaan Nabi Sulaiman pun berakhir.

    Cuma, selepas PRU12 ini, wa mengambil keputusan fight abes-abesan kepada keburukan PAS semampu wa.

    Wa bimbang keburukan PAS ini membuatkan PAS kalah pada model DAP di Pulau Pinang.

    Wallahualam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...