Skip to main content

Adakah Mana-mana Sejarah Dunia Sebuah Regim Itu Tumbang Secara Melompat Parti?

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Para pemikir PAS perlu mengkaji ini. Lihat model negara tersebut sekiranya ada. Kita tidak mahu membuka ruang sabotaj keamanan ini. Kerana jumlah rakyat yang mahu regim BN tumbang dan jumlah yang mahu regim kekal sama banyak. Ianya (penumbangan regim) tidak dilakukan oleh rakyat secara total. Perkauman masih relevan. Jangan guna persepsi ahli PAS berdaftar yang berjumlah 1 juta. Tetapi guna persepsi puluhan juta Melayu pendalaman.

Kepala penguatkuasa.

Ketika ini, kepala pengukuatkuasa semuanya mempunyai masalah atau skandal tertentu. Dari Ketua Polis Negara, peguam negara, Paklah, Najib, Peguam Negara, JPJ, tentera dan sebagainya semuanya pincang. Adakah mereka akan berdiam diri sekiranya regim payungan mereka ini tumbang secara lompat parti? Jika membenarkan regim mereka tumbang, seumpama membogelkan mereka dan dipancung kepala mereka di khalayak ramai!

Perkara ini berbeza sekiranya regim BN tumbang secara PRU.Ianya kuasa rakyat. Alasannya amat kuat. Semangat rakyat untuk menghadapi cabaran kedegilan menerima kekalahan berada dalam kedudukan yang amat tinggi. Namun, bagaimana semangat rakyat menghadapi kemungkinan pihak degil sekiranya regim itu tumbang hanya dengan lompat parti? Jutaan rakyat pilih si pelompat itu atas logo BN. Adakah mereka akan bertembung dengan jutaan rakyat yang memilih bukan BN?

Kabinet bayangan.

Anda perlu menoleh kepada proses Perak dan Selangor. Agak kacau menentukan exco dan pengagihan kuasa. Bagaimana sekiranya Barisan Rakyat mengambil negara? Mustahil tiada sedikit kekeliruan, kekecohan. Wajib. Dan memang benar perkara itu normal. Tetapi, ianya adalah bahaya ketika situasi ketidakstabilan, situasi sabotaj melampau dan sebagainya. Amat bahaya.

Sepatutnya Barisan Rakyat belajar dahulu mentadbir 5+1 negeri dengan baik. Tangani helah musuh. Bagaimana survive dalam pemulauan. Bagaimana menghadapi anasir perkauman dan sebagainya. Bila sudah matang, barulah layak memerintah negara. Perlu diingatkan bahawa Barisan Rakyat seumpama mahu memerdekakan negara dari penjajah. Bukan mengambil dari Pak Menakan! Jadi, sudah tentu kesulitan dan cabarannya adalah tahap antara penjajah kepada pejuang kemerdekaan.

Tidak semestinya benar.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...